Leapmotor baru‑baru ini membentangkan laporan kewangan setengah tahunnya. Di tengah‑tengah persaingan pasaran yang sengit, Leapmotor mencatatkan prestasi yang cemerlang. Hasil separuh pertama tahun ini mencecah RMB 38.11 bilion (sekitar RM23.63 bilion), mewujudkan rekod tertinggi bagi tempoh yang sama. Untung bersih mencapai RMB 210 juta (sekitar RM130 juta). Syarikat telah mendapat keuntungan untuk tiga tempoh separuh tahun berturut‑turut, menunjukkan asas kewangan yang kukuh dan stabil.

Pada separuh pertama tahun ini, penghantaran terkumpul kenderaan baharu Leapmotor di peringkat global mencecah 356,487 unit, lonjakan sebanyak 60.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Berdasarkan data pendaftaran kenderaan lima bulan pertama yang boleh dibandingkan, Leapmotor menduduki tempat keempat antara jenama kenderaan penumpang tenaga baharu (NEV) sedunia, mengikuti BYD, Tesla dan Geely, dan tempat ketiga bagi jenama NEV dari China.
Lebih mengagumkan, Leapmotor mencatatkan rekod penghantaran bulanan baharu 101,267 unit pada Julai, pertumbuhan 102.0% perbandingan tahun‑ke‑tahun. Ia menjadi jenama automotif baharu China pertama yang melepasi penghantaran bulanan 100,000 unit. Setakat akhir Julai, jumlah penghantaran terkumpul sedunia telah rasminya melepasi 1.6 juta unit.

Pasaran luar negara telah menjadi lengkung pertumbuhan kedua yang kukuh bagi perniagaan Leapmotor. Pada separuh pertama tahun ini, jumlah eksport luar negara Leapmotor mencecah 96,294 unit, melonjak sebanyak 372.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, melepasi jumlah eksport keseluruhan tahun lepas.
Bagi pengguna di Malaysia, peluasan operasi jenama di Asia Tenggara berkembang pesat berikutan pelancaran rasmi Leapmotor B10 dan C10 di pasaran tempatan.
Menerusi kilang pemasangan rakan kongsi Stellantis di Gurun, Kedah, operasi pengeluaran dan jualan tempatan Leapmotor terus diperkukuh. Ini membolehkan peminat automotif tempatan mendapatkan kenderaan elektrik pintar berkualiti tinggi dengan nilai untuk wang yang baik.
Di peringkat global, Leapmotor turut mencatatkan pencapaian cemerlang di negara‑negara automotif utama Eropah. Ia kekal di tempat teratas carta jualan EV Itali secara berterusan, menjadi jenama EV China dengan jualan tertinggi di Jerman pada bulan Jun, dan menduduki tiga teratas jualan runcit EV jenama China di United Kingdom.
Setakat ini, Leapmotor International telah menubuhkan lebih daripada 1,000 pusat jualan dan perkhidmatan selepas jualan di lebih 45 negara dan wilayah sedunia.

Kini, Leapmotor telah melengkapkan portfolio produknya menerusi siri A, B, C, dan D, yang merangkumi julat harga arus perdana daripada RMB 60,000 hingga RMB 300,000 (sekitar RM37,000 hingga RM186,000):
Siri A menekankan nilai untuk wang yang maksimum. Di mana model A10 membawakan teknologi LiDAR ke dalam julat harga di bawah RMB 100,000, sekaligus memecahkan rekod pengeluaran 100,000 unit terpantas jenama tersebut;
Siri B seperti B01 serba baharu dan B10 yang dikenali peminat tempatan, dilengkapi seni bina pengecasan pantas 800V serta dwi-tempat duduk graviti sifar di bahagian hadapan, menampilkan konsep 'harga kelas RMB 100,000, jarak gerak kelas RMB 200,000, dan spesifikasi kelas RMB 500,000;
Siri C seperti C10 yang telah dilancarkan di Malaysia, serta C11 dan C16, bertindak sebagai tonggak jualan utama yang memenuhi keperluan pasaran keluarga arus perdana dan terus mencatatkan jualan memberangsangkan;
Manakala siri D yang terdiri daripada SUV dan MPV flagship terus meningkatkan nilai jenama ke tahap yang lebih premium.

Sebagai pengeluar kenderaan pintar peneraju teknologi, Leapmotor komited membangunkan sendiri semua teknologi terasnya. Arkitektur kawalan domain pusat LEAP4.0 membolehkan “satu otak mengurus kesemua fungsi pintar kenderaan”. Fungsi bantuan pemanduan pintar bandar (City Pilot) sedang diperluaskan kepada kesemua barisan model secara berperingkat.

Difahamkan Leapmotor akan mengadakan persidangan teknologi tahunan pada bulan September tahun ini. Acara itu akan memperkenalkan model dunia bantuan pemanduan pintar bertaraf barisan hadapan industri serta hasil‑hasil teknologi terbaharu bidang tiga komponen elektrik iaitu bateri, motor elektrik dan unit kawalan elektronik kuasa. Dengan portfolio produk yang lengkap dan kapasiti pengeluaran luar negara yang berkembang pesat, Leapmotor memecut ke arah sasaran jualan tahunan 1 juta unit, untuk terus memberikan pengalaman mobiliti pintar berkualiti tinggi dan harga mampu milik kepada pengguna sedunia.
Baca juga: Penghantaran Terkumpul Global Leapmotor Lepasi Angka 1,500,000 Unit