
Naza Eastern Motors, pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia, telah meluaskan rangkaiannya secara rasmi di kawasan utara dengan pembukaan cawangan pengedar sah terbaharunya di Juru, Pulau Pinang.
Terletak di Pusat Perdagangan Sentral Jaya, Bukit Mertajam, fasiliti 1S baharu ini dikendalikan oleh SMG Auto (MN) Sdn Bhd. Penubuhan Suzuki Juru melibatkan pelaburan sebanyak RM1 juta yang merangkumi penyediaan fasiliti serta unit pameran dan unit pandu‑uji.

Meliputi ruang seluas 1,600 kaki persegi, bilik pameran Suzuki Juru mampu mempamerkan sehingga tiga kenderaan Suzuki serentak. Premis ini memberi kemudahan kepada bakal pembeli di Bukit Mertajam dan kawasan sekitar untuk meneroka barisan model terkini jenama tersebut dalam persekitaran yang khusus. Bilik pameran ini turut dilengkapi ruang istirahat pelanggan demi memberikan pengalaman keseluruhan yang selesa.
Sebagai cawangan pengedar 1S (Jualan), Suzuki Juru memberi tumpuan khusus terhadap perkhidmatan jualan. Pemilik Suzuki sedia ada mahupun baharu di Pulau Pinang boleh mendapatkan perkhidmatan selepas jualan dan servis menerusi pusat servis Suzuki Bayan Lepas.

Bercakap pada majlis pelancaran, Mohd Rizal Jailan, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group menyatakan:
"Pembukaan cawangan pengedar Suzuki Juru menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh kehadiran Suzuki di kawasan utara. Pelaburan dalam cawangan baharu ini mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran dan komitmen kami untuk menyediakan akses yang lebih mudah kepada pelanggan bagi mendapatkan kenderaan Suzuki. Juru dan Bukit Mertajam merupakan kawasan strategik penting dengan populasi yang kian berkembang serta ketersambungan yang kukuh, dan kami melihat potensi besar dalam membawa jenama Suzuki lebih dekat kepada pelanggan di sini."

Dengan pembukaan terbaharu ini, rangkaian rasmi Suzuki di Malaysia kini merangkumi 14 cawangan jualan sah dan 13 pusat perkhidmatan di seluruh negara.
Seiring dengan pelancaran cawangan pengedar Juru, Naza Eastern Motors turut mengetengahkan inisiatif perlindungan pemilikan komprehensifnya iaitu SUZUKI CARe.
SUZUKI CARe menggabungkan perlindungan insurans motor Suzuki Protect dan Bantuan Tepi Jalan (Road Side Assist) dalam satu pakej pemilikan serba lengkap yang direka untuk ketenangan fikiran sepenuhnya. Program insurans motor Suzuki Protect yang ditawarkan untuk kenderaan Suzuki yang dibeli melalui cawangan sah ditanggung oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
Naza Eastern Motors turut mengesahkan bahawa proses integrasi sistem akhir sedang dijalankan. Talian khidmat pelanggan khusus SUZUKI CARe (1800‑888‑700) akan mula beroperasi untuk bantuan pelanggan tidak lama lagi.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
If you're shopping for a C-segment SUV, do check out the GWM Haval H6 HEV, as this SUV is still a compelling option.
What colour would you pick? 11 hours ago
Our friends at Careta took our Xiaomi SU7 for a spin. Here's the opinion of veteran automotive journalist, Hezeri Samsuri!
Give them some love! 🫰🫵 12 hours ago
Proton Saga & EV Terajui Pasaran September 2026! Supercar Tesla Bertenaga Roket SpaceX! 🚀
Adakah Proton Saga kembali merampas takhta kereta paling laris di Malaysia? Dan sejauh mana Proton menerajui pasaran Kenderaan Elektrik (EV) tempatan? 🚗⚡
#BitAutoMalaysia #protonsaga #ProtoneMAS #mitsubishixforce #teslaroadster #spacex #BeritaAutomotif #CarNewsMalaysia #EV 1 day ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
If you're shopping for a C-segment SUV, do check out the GWM Haval H6 HEV, as this SUV is still a compelling option.
What colour would you pick? 11 hours ago
Our friends at Careta took our Xiaomi SU7 for a spin. Here's the opinion of veteran automotive journalist, Hezeri Samsuri!
Give them some love! 🫰🫵 12 hours ago
Proton Saga & EV Terajui Pasaran September 2026! Supercar Tesla Bertenaga Roket SpaceX! 🚀
Adakah Proton Saga kembali merampas takhta kereta paling laris di Malaysia? Dan sejauh mana Proton menerajui pasaran Kenderaan Elektrik (EV) tempatan? 🚗⚡
#BitAutoMalaysia #protonsaga #ProtoneMAS #mitsubishixforce #teslaroadster #spacex #BeritaAutomotif #CarNewsMalaysia #EV 1 day ago