Acara automotif dua tahunan terkemuka di Eropah, Paris Motor Show bakal membuka tirainya secara besar‑besaran di Perancis pada 12 Oktober ini. Edisi kali ini menarik penyertaan kira‑kira 100 peserta, dengan sekitar 60 daripadanya merupakan pengeluar kereta.

Lebih menarik perhatian, sebanyak 20 jenama kereta dari China mengambil bahagian sekali gus mencatatkan rekod baharu. Angka ini merangkumi satu pertiga daripada keseluruhan jenama kenderaan yang hadir, membuktikan momentum perkembangan yang kukuh mereka dalam menembusi pasaran global.

Hakikatnya, kebanyakan jenama dari China sudah tidak asing lagi bagi para pengguna di Eropah. Jenama seperti BYD, Geely, Chery, Jetour dan Leapmotor sudah lama bertapak kukuh serta menguasai sebahagian pegangan pasaran di sana.
Kini, bahagian pasaran kereta baharu China dalam jumlah jualan keseluruhan kenderaan baharu di Eropah telah melepasi 10%. Menerusi pameran automotif kali ini, lebih banyak jenama EV baharu dari China seperti Li Auto, Aito dan GAC Aion secara rasminya mengumumkan kemasukan ke pasaran Eropah.

Sementara itu, pengeluar tempatan Eropah turut memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah untuk memperkenalkan pelbagai model baharu yang penting secara serentak.
Bagi model produksi, barisan yang diketengahkan merangkumi Audi A2 e-tron, Skoda Peaq, Dacia Striker serta Fiat Grizzly. Pada masa sama, pengenalan model konsep berpandangan jauh seperti Renault E-Space dan Citroën 2CV turut membayangkan komitmen pengeluar Eropah untuk terus mempergiatkan pelancaran produk baharu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah ketiadaan jenama mewah gergasi BMW pada Paris Motor Show edisi kali ini. Meskipun memiliki barisan model utama serba baharu seperti 3 Series, iX4 dan X5, BMW tetap membuat keputusan untuk tidak menyertai pameran automotif terbesar tahunan di Eropah ini.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 19 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 1 day ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 1 day ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 19 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 1 day ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 1 day ago