Di Paris Motor Show 2026 yang membuka tirainya baru-baru ini, Geely Auto Group tampil buat julung kalinya secara berkumpulan dengan menghimpunkan tiga jenama di bawah naungannya iaitu Geely, Lynk & Co dan Zeekr di Paris Expo Porte de Versailles.
Dalam acara terkemuka ini, Geely Monjaro EM-i dan Lynk & Co O7GT membuat kemunculan sulung di Eropah, manakala Geely Galaxy Cruiser 700, Zeekr 9X serta Zeekr 7X serba baharu turut membuat penampilan mengagumkan di pentas yang sama.

Bagi jenama Geely, penampilan beberapa model kenderaan tenaga baharu (NEV) diketuai oleh Geely Monjaro EM-i dan Geely Galaxy Cruiser 700 di Paris Motor Show, sekali gus membuktikan kemampuan inovasi Geely dalam memperluas portfolio produknya ke pasaran global.

Sebagai model Geely pertama yang diperkenalkan di pasaran luar negara, Geely Monjaro EM-i dikuasakan oleh enjin hibrid khusus 1.5TD bersama sistem plug-in hybrid dwi-motor.

Sementara itu, susulan pelancaran globalnya pada 10 Oktober, Geely Galaxy Cruiser 700 terus membuat kemunculan di Paris Motor Show bagi mempamerkan teknologi pintar dan integrasi teknologi semua rupa bumi terkini Geely kepada pasaran Eropah, sekali gus mencerminkan kepantasan langkah strategik jenama ini dalam peluasan globalnya.
Lynk & Co O7GT merupakan sebuah produk serba baharu yang dibangunkan oleh Lynk & Co khusus untuk pasaran global. Mengadaptasi bahasa reka bentuk keluarga “The Next Day”, ia menggabungkan keanggunan sebuah station wagon shooting brake dengan karakter dinamik sebuah sedan sport berprestasi.

Model baharu ini bukan sahaja memperkukuh identiti tersendiri jenama Lynk & Co, malah menepati pelbagai keperluan pengguna Eropah yang mementingkan estetika wagon, keluasan ruang praktikal serta pengendalian yang mantap.
Sebagai model flagship Zeekr dalam menembusi pasaran kereta mewah Eropah, Zeekr 9X menterjemahkan falsafah baharu jenama iaitu “A New Class of Luxury” (Definisi Baharu Kemewahan) dengan sempurna.


Kini tempahan model tersebut telah dibuka di Eropah, dengan penghantaran rasmi dijangka bermula pada Januari 2027. Selain itu, Zeekr 7X turut menjadi pemacu utama pertumbuhan jenama di Eropah, di mana Zeekr 7X serba baharu menerima peningkatan menyeluruh dari segi bantuan pemanduan pintar, teknologi kokpit, rekaan luaran, jarak gerak serta prestasi trenkuasa.
Dari segi prestasi perniagaan, tiga jenama di bawah Geely Auto Group merekodkan jumlah jualan bulanan melebihi 10,000 unit di pasaran Kesatuan Eropah pada September 2026 buat julung kalinya, memaparkan momentum pertumbuhan yang cukup memberangsangkan.


Setakat ini, jenama Geely telah bertapak di 27 negara Eropah dengan membina rangkaian melebihi 450 pusat jualan dan servis.
Dengan pelancaran berperingkat model-model baharu seperti Geely E5, Geely Starray EM-i dan Geely E2, momentum pasaran bagi jenama Geely terus melonjak.
Geely E2 khususnya telah mula dijual di United Kingdom dan Perancis pada Ogos lalu, disusuli lima lagi pasaran termasuk Sepanyol dan Jerman, selain bakal memasuki lebih banyak negara Eropah tidak lama lagi.

Operasi Lynk & Co kini merangkumi 25 negara Eropah dan mempunyai lebih daripada 140 pusat jualan. Menariknya, bermula tahun 2027, Volvo Cars bakal bertindak sebagai pengedar eksklusif bagi jenama Lynk & Co di seluruh Eropah.
Menerusi rangkaian runcit dan perkhidmatan selepas jualan Volvo Cars yang mantap, capaian pasaran Lynk & Co di Eropah akan diperluas lagi luas, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang jenama, sambil mengekalkan kedudukan jenama serta pengalaman pelanggan Lynk & Co yang unik.
Sementara itu, Zeekr mencatatkan lonjakan penghantaran sebanyak 200% tahun ke tahun di Eropah bagi tahun 2026, menjadikannya salah sebuah jenama kenderaan mewah dengan pertumbuhan paling pantas di rantau tersebut.
Setelah melebarkan sayap ke Finland, tiga negara Baltik, Poland dan Austria baru-baru ini, Zeekr kini beroperasi di 22 negara Eropah, dengan sasaran mencapai liputan 95% kawasan di Eropah menjelang penghujung tahun ini.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Pull the wraps off, and this is very likely the look of the Proton Saga Cross. How? Can?
#proton #sagacross #protoncars 1 minute ago
China cracks down on voice-activated controls, hidden door handles, and lack of real-world testing.
Come 2027, we reckon Chinese cars should be further improved. 1 minute ago
Shopping for a Proton X50?
Here's what you need to know. 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Pull the wraps off, and this is very likely the look of the Proton Saga Cross. How? Can?
#proton #sagacross #protoncars 1 minute ago
China cracks down on voice-activated controls, hidden door handles, and lack of real-world testing.
Come 2027, we reckon Chinese cars should be further improved. 1 minute ago
Shopping for a Proton X50?
Here's what you need to know. 1 minute ago