Pada Pameran Automobil Guangzhou 2026 yang baru sahaja membuka tirainya, Porsche memperkenalkan model edisi khas serba baharu iaitu Porsche 911 GT3 Tribute to GT1. Model baharu ini diterajui pembangunannya oleh Porsche China, dihasilkan sebagai karya tempahan khas bertaraf tertinggi daripada pihak pengeluar dan bukannya model produksi besar-besaran.
Pengenalan model edisi khas ini adalah bertujuan memperingati ulang tahun ke-30 model lumba legenda Porsche 911 GT1, di samping memberi penghormatan kepada ulang tahun ke-30 litar Gred 1 antarabangsa pertama China, iaitu Zhuhai International Circuit (ZIC).

Dari segi rekaan luaran, 911 GT3 Tribute to GT1 ini membawakan semula livery model lumba 911 GT1 yang merangkul kejuaraan di Zhuhai pada tahun 1996 dengan tahap ketelitian yang sangat tinggi.


Badan model ini menggabungkan paduan tiga tona warna klasik iaitu Club Blue, Jebsen Blue serta Guards Red yang menghasilkan garisan penuh dinamik; lambang Mobil 1 yang terserlah pada badan model ini turut menandakan jalinan kerjasama kukuh antara kedua-dua pihak selama 30 tahun.


Selain itu, pihak pengeluar turut menampilkan lakaran siluet litar Zhuhai International Circuit pada plat hujung sayap belakang bersaiz besar, manakala bahagian bawah bampar belakang dihiasi tulisan eksklusif “Born in Flacht”, membuktikan asal-usul tulennya daripada bahagian perlumbaan Porsche (pusat pembangunan Flacht).
Melihat ke bahagian dalaman, suasana perlumbaan terserlah menerusi kerusi baldi berbalut kulit Guards Red. Kemasan putih pada lubang tali keledar dan jalur hiasan konsol tengah berfungsi sebagai hiasan tambahan, mewujudkan kontras visual yang menawan serta aura model lumba retro.

Dari segi trenkuasa, model baharu ini kekal dikuasakan oleh enjin 4.0L aspirasi semula jadi boxer enam silinder (Flat-6) yang cukup digemari peminat tegar, dengan putaran enjin maksimum mencecah 9,000 rpm. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum 510 PS (375 kW) dan tork puncak 450 Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan (PDK). Pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 3.4 saat, sekali gus menawarkan ngauman enjin aspirasi semula jadi putaran tinggi yang tulen serta kepuasan pengendalian maksimum.
Mengimbas kembali 30 tahun lalu pada 1996, tahun tersebut merupakan detik bersejarah yang amat bermakna buat Porsche. Pada masa itu, jenama ini memecahkan tradisi susun atur enjin belakang yang sinonim dengan siri 911 dengan menghasilkan model lumba 911 GT1 berkonfigurasi enjin pertengahan (mid-engine).
Model ini mencipta sensasi serta-merta dalam penampilan sulungnya di perlumbaan ketahanan 24 Hours of Le Mans, apabila menyapu bersih tempat pertama dan kedua bagi kategori GT1, selain meraih tempat kedua dan ketiga keseluruhan, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai legenda perlumbaan ketahanan.
Pada tahun yang sama, litar pertama di China yang memperoleh pengiktirafan dwi-pensijilan FIA dan FIM, iaitu Zhuhai International Circuit, dibuka secara rasmi serta menganjurkan perlumbaan bertaraf antarabangsa pertamanya menerusi BPR Global GT Series.
Ketika itu, model lumba Porsche 911 GT1 bernombor 36 muncul juara keseluruhan di litar berkenaan, dan edisi khas ini diperkenalkan khusus bagi menghidupkan semula detik kegemilangan tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi falsafah pembuatan model Porsche iaitu “dilahirkan di litar, dipandu di jalan raya”.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
RM 1.29 million for a BYD—did they just out-Rolls-Royce Rolls-Royce or lose their minds?
More on the 24K gold-badged limousine here 👇 1 minute ago
This is one of the original boxy SUVs, and it is very likely Malaysia-bound!
Say hello to the Ford Bronco NEV, one that could be roaming our streets if the stars align.
#Ford #fordBronco 1 minute ago
The iconic Toyota Corolla is now 60 years old and there's a new specially-wrapped model.....in China...
Would you want to see one locally too?
#toyota #ToyotaCorolla 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
RM 1.29 million for a BYD—did they just out-Rolls-Royce Rolls-Royce or lose their minds?
More on the 24K gold-badged limousine here 👇 1 minute ago
This is one of the original boxy SUVs, and it is very likely Malaysia-bound!
Say hello to the Ford Bronco NEV, one that could be roaming our streets if the stars align.
#Ford #fordBronco 1 minute ago
The iconic Toyota Corolla is now 60 years old and there's a new specially-wrapped model.....in China...
Would you want to see one locally too?
#toyota #ToyotaCorolla 1 minute ago