Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaTak Sabar Nak Tempah Proton S70 RS Baharu? Nanti Dulu. Anda Mungkin Perlu Tahu Tentang Geely Emgrand L

Tak Sabar Nak Tempah Proton S70 RS Baharu? Nanti Dulu. Anda Mungkin Perlu Tahu Tentang Geely Emgrand L

Kongsi video

Bukan rahsia lagi bahawa Proton, jenama nasional kita, kini membina model-modelnya berasaskan platform Geely. S70 adalah bukti paling jelas. Model ini asalnya ialah Geely Emgrand generasi keempat, sebuah sedan keluarga ringkas setara kelas Vios dan City yang dilancarkan di China pada tahun 2021.

Percaya atau tidak, model kembar S70 di China sebenarnya berwatak lebih santai, lembut dan tenang. Ya, persis karakter S70 Prime kita!

Semasa mula diperkenalkan pada tahun 2023, Proton S70 sememangnya tampil dengan pakej yang jauh lebih dinamik dan sporty berbanding kembarnya di China. Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5L 3-silinder turbocharged dan transmisi 7-kelajuan DCT, output kuasanya jauh lebih berkuasa berbanding Emgrand pasaran China yang sekadar menggunakan enjin 1.5L 4-silinder aspirasi semula jadi bersama kotak gear CVT.

Menjelang Februari 2026, S70 RS MC1 diperkenalkan bagi meneruskan kesinambungan legasi dinamik ini, kini dipertingkat dengan enjin 1.5L 4-silinder turbocharged.

Versi Proton yang dilancarkan pada November 2023 adalah model yang berbeza sama sekali. Emgrand asal menggunakan enjin 1.5-liter empat-silinder aspirasi semula jadi bersama CVT. Manakala S70 pula menerima enjin 1.5-liter turbocharged, kotak gear dual-clutch, serta penalaan khas untuk jalan raya Malaysia. Pasaran Malaysia yang cukup mementingkan angka kuasa kuda akhirnya menerima versi turbo bagi Emgrand, sesuatu yang tidak ditawarkan pun di pasaran asalnya.

Spesifikasi Sebenar S70 RS

Proton mendedahkan S70 RS pada 5 November 2026. Lencana RS yang membawa maksud "Refined Sportiness". Model ini merupakan varian spesifikasi tertinggi dalam barisan model facelift S70.

Perubahan yang dibawakan kebanyakannya tertumpu pada aspek visual:

  • Gril dan bampar rekaan baharu dengan kemasan jalur merah.
  • Skirt sisi baharu, rim aloi 17-inci dan angkup brek berwarna merah.
  • Diffuser acah dan kemasan muncung ekzos empat corong di bahagian belakang, gaya yang dipinjam terus daripada X50.
  • Kabin dwi-tona dengan perincian merah, konsol tengah jenis terapung, skrin sentuh 14.6-inci, lampu ambien, tombol kawalan putar serta tuil gear automatik pada kolum stereng.

Proton masih belum mengumumkan sebarang naik taraf dari sudut mekanikal. Model RS dijangka mengekalkan enjin 1.5-liter turbo dan kotak gear 7-kelajuan dual-clutch, dengan penalaan 181 PS, 290 Nm serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat, sama seperti varian facelift yang lain. Ciri paddle shifter masih tidak disertakan.

Prestasi jualan S70 sendiri cukup memberangsangkan. Proton merekodkan jualan sebanyak 5,367 unit S70 pada Oktober 2026, menjadikan jumlah keseluruhan 26,076 unit bagi tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini. Varian bukan turbo Lite dan Prime yang diperkenalkan baru-baru ini pada harga bermula RM59,800, menyumbang sebanyak 2,338 unit daripada jumlah jualan bulan Oktober tersebut.

Secara ringkasnya, S70 RS berjaya membentuk semula sebuah sedan keluarga harian yang ringkas dari China menjadi sedan Segmen C berjiwa muda dan sporty, bersedia mencabar Honda Civic dengan output lebih berkuasa pada tanda harga yang jauh lebih mampu milik. Kami sebelum ini telah memperincikan perbandingan antara S70 RS dan Civic RS. Kami juga telah melaporkan pengunduran Proton Persona dari bilik pameran, menandakan berakhirnya era sedan legasi jenama nasional terdahulu.

Sebelum Anda Membuat Tempahan, Fahami Apa Yang Akan Berlaku

S70 dibangunkan menggunakan platform Emgrand generasi keempat. Namun, Geely kini telah beralih ke generasi kelima, dan model terbaharu ini membawakan pendekatan yang jauh berbeza.

5 generasi Geely Emgrand, dari 2009 hingga 2025, meliputi sejarah selama 16 tahun.

Model ini dikenali sebagai Geely Emgrand L EM-i. Di China, model ini dipasarkan dengan nama Galaxy Starshine 6. Geely telah mengesahkan pengenalannya di pasaran Australia pada separuh pertama tahun 2027. Australia merupakan pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD), satu petunjuk penting untuk pasaran Malaysia.

Berikut perincian yang diketahui setakat ini.

  • Saiz. Emgrand L EM-i mempunyai dimensi yang jauh lebih besar berbanding Emgrand generasi keempat yang menjadi asas kepada S70. Saiznya jelas berada di atas kelas Vios dan City.
  • Trenkuasa. Model ini sebuah plug-in hybrid (PHEV). Sistem EM-i menggandingkan enjin petrol 1.5-liter dengan motor elektrik, di mana motor elektrik menggalas sebahagian besar tugas memacu kenderaan. Enjin petrol bertindak utama sebagai penjana dan hanya memacu roda secara terus pada kelajuan tinggi.
  • Kuasa dan bateri. Untuk spesifikasi Australia, Geely mensasarkan gabungan output melebihi 180 kW (sekitar 245 PS) dan 250 Nm tork, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 18.4 kWj.
  • Jarak gerak. Geely dinyatakan jarak pemanduan mod elektrik sepenuhnya (mod EV) mencecah lebih 80 km mengikut kitaran ujian WLTP, dengan jarak gerak keseluruhan melebihi 1,000 km.
  • Pengecasan dan V2L. Kenderaan ini menyokong pengecasan AC sehingga 3.3 kW serta dilengkapi fungsi vehicle-to-load (V2L) 3 kW yang membolehkannya berfungsi sebagai punca kuasa untuk perkakasan elektrik luar.

Bagi bakal pembeli di Malaysia, inilah pertimbangan utamanya. S70 RS menawarkan pakej gaya sporty dan prestasi enjin turbo dengan tindak balas pantas. Sebaliknya, Emgrand L EM-i memberikan ruang kabin lebih lega, kos operasi harian yang jauh lebih menjimatkan, serta keupayaan melakukan pemanduan harian hanya menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Adakah Model Ini Bakal Masuk Ke Malaysia?

Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi untuk pasaran Malaysia. Namun corak perancangan produknya cukup jelas. Geely sebelum ini melancarkan Starray EM-i versi pemanduan sebelah kanan di pasaran luar sebelum Proton mengadaptasi model tersebut sebagai eMas 7 PHEV. Malah, Proton turut memperlihatkan bayangan sebuah sedan eMas sewaktu pelancaran sub-jenama eMas pada 2024. Sekiranya Emgrand L EM-i mengikut acuan yang sama seperti Starray, kemunculan sedan plug-in hybrid berjenama Proton, mungkin dengan nama eMas 8, adalah satu langkah yang logik. Walau bagaimanapun, ini masih sekadar spekulasi memandangkan Proton belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Faktor harga juga masih menjadi tanda tanya. Barisan model S70 kini pada harga antara RM59,800 hingga lingkungan atas RM90,000, manakala model plug-in hybrid sebesar ini sudah pasti diletakkan pada paras harga lebih premium. Perbezaan tanda harga kelak bakal menentukan sama ada Emgrand L akan menjadi pesaing langsung kepada S70 atau diletakkan dalam Segmen yang berasingan.

Kesimpulan

S70 RS merupakan sedan sporty yang serba lengkap dengan tanda harga yang sangat berdaya saing, dan angka jualannya jelas membuktikan model ini diterima baik oleh pengguna tempatan. Namun, hakikatnya model ini merupakan evolusi terakhir bagi platform keluaran 2021. Jika anda berhasrat untuk meletakkan tempahan sekarang, wajar untuk anda tahu bahawa generasi penggantinya sudah pun berada di pasaran China dan bakal menembusi pasaran pemanduan sebelah kanan yang lain.

Sekiranya Proton membawa masuk versi ini, versi ini bakal menawarkan kabin yang lebih luas, pemanduan yang lebih senyap, kecekapan bahan api plug-in hybrid serta jarak perjalanan yang luar biasa. Kami akan terus memantau perkembangan Emgrand L ini dari semasa ke semasa, dan pastikan anda mengikuti laporan terbaharu sebaik sahaja Proton membuat pengumuman rasmi.

Jika anda bukan peminat sistem trenkuasa dwi-sumber, silakan buat tempahan dan nikmati pemanduan Proton S70 RS. Namun, jika anda cenderung kepada evolusi teknologi automotif terbaharu, atau mahukan penjimatan maksimum untuk kos petrol harian, tiada salahnya anda tunggu dan lihat apa yang bakal tiba.

Follow Facebook

BitAuto.my 205.7K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

205.7K followers + Follow
RM 1.29 million for a BYD—did they just out-Rolls-Royce Rolls-Royce or lose their minds? More on the 24K gold-badged limousine here 👇 1 minute ago This is one of the original boxy SUVs, and it is very likely Malaysia-bound! Say hello to the Ford Bronco NEV, one that could be roaming our streets if the stars align. #Ford #fordBronco 1 minute ago The iconic Toyota Corolla is now 60 years old and there's a new specially-wrapped model.....in China... Would you want to see one locally too? #toyota #ToyotaCorolla 1 minute ago

Perbandingan model berkaitan

Kembali ke Atas
Balasan