Proton telah mencapai dua pencapaian penting dalam sektor pembuatan dan eksport, dengan melepasi 10,000 unit eksport dalam tempoh 10 bulan pertama 2026, di samping merekodkan angka pengeluaran bulanan tertinggi dalam tempoh 24 tahun.
Dengan jumlah penghantaran ke luar negara kini melepasi angka 10,000 unit, jumlah eksport Proton dijangka meningkat lebih dua kali ganda berbanding rekod keseluruhan tahun 2025, sekali gus mengukuhkan peranan sebagai hab pengeluaran kenderaan pemanduan sebelah kanan bagi kumpulan Geely.

Dari aspek pengeluaran, jumlah output di kilang Proton Tanjong Malim mencapai 23,006 unit pada Oktober 2026, iaitu angka pengeluaran bulanan tertinggi yang pernah dicapai oleh pengeluar kereta nasional sejak tahun 2002.
Pencapaian melepasi angka 23,000 unit disumbangkan oleh tempahan tempatan yang berterusan bagi model baharu seperti Saga MC3 dan barisan model elektrifikasi Proton yang semakin berkembang, di samping peningkatan permintaan daripada pasaran luar negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa menyatakan bahawa kejayaan pelancaran model baharu telah memacu permintaan pasaran domestik dan antarabangsa, sekali gus mendorong barisan pemasangan untuk meningkatkan volum pengeluaran bulanan tanpa menjejaskan standard kualiti binaan.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those right-hand-drive Xpeng models are already in the UK. Malaysia next? 1 hour ago
When they wanted the D but need to pay double the price... 1 hour ago
Should Jetour Malaysia bring a budget compact SUV like this to rival the X50 and Perodua Traz? 1 hour ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.