
Mazda CX-5 2026 generasi ketiga serba baharu telah dilancarkan di Malaysia. Model ini telah membuat penampilan sulung umum di 2026 Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) pada bulan Jun.
Mazda CX-5 generasi ketiga diperkenalkan di peringkat global pada Julai 2025 dan mula memasuki pasaran antarabangsa secara berperingkat, dengan Malaysia sebagai pasaran terbaharu.

Dengan kod nama KM, Mazda CX-5 generasi ketiga ini tiba di Malaysia sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari kilang Mazda di Hiroshima. Pemasangan tempatan (CKD) pula akan menyusul kemudian, selaras dengan penawaran model Mazda yang lain.
Varian tunggal Mazda CX-5 2.5G High ditawarkan pada harga RM171,510.40 (atas jalan, tanpa insurans).



Di bahagian hadapan, Mazda CX-5 2026 dilengkapi sepasang lampu hadapan LED bertingkat, digandingkan dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED dwi-bentuk ‘’J‘’ yang mengelilingi unit lampu projektor LED SUV ini.



Beralih ke bahagian belakang, perubahan paling ketara ialah penggantian lencana bujur ikonik Mazda dengan tulisan Mazda, diapit oleh sepasang lampu belakang LED yang lebih lebar dan memanjang di kedua-dua sisi.


Penampilan luaran disempurnakan dengan set rim aloi 19 inci kemasan gloss black, dibalut tayar bersaiz 225/55R19 untuk semua roda.
Pilihan warna merangkumi Aero Gray, Jet Black, Machine Grey, Navy Blue, Rhodium White, serta warna tanda khas Mazda iaitu Soul Red Crystal.

Bahagian kabin turut menerima sentuhan baharu, skrin infotainmen lama 8.0 inci kini digantikan dengan paparan 12.9 inci yang lebih besar, dipadankan bersama kluster instrumen digital pemandu bersaiz 10.25 inci.


Jika sistem Mazda Connect pada generasi terdahulu dibangunkan berasaskan Linux, model generasi baharu ini kini menggunakan Android Automotive OS yang lebih moden, lengkap dengan integrasi perkhidmatan Google seperti Google Maps, gedung aplikasi Google Play, serta pembantu pintar Google Gemini AI.

Model ini turut menandakan kepulangan sistem bunyi Bose ke dalam barisan CX-5, iaitu ciri yang kali terakhir ditawarkan pada varian CBU CX-5 2.5 generasi pertama sekitar tahun 2014.

Kelengkapan lain merangkumi tempat duduk pemandu larasan kuasa 10-hala dengan fungsi memori, tempat duduk penumpang hadapan larasan kuasa 6-hala, lapisan dalaman kulit gaya sukan berwarna tan, paparan sistem infotainmen 12.9 inci yang dikuasakan Android Automotive OS, cermin pandang belakang tanpa bingkai dengan fungsi malap automatik, serta sistem pendingin hawa automatik dwi-zon dengan corong udara belakang.


Mazda CX-5 2026 dikuasakan oleh enjin petrol 2.5 liter 4-silinder aspirasi semula jadi yang menjana 185 PS pada 6,000 rpm dan tork maksimum 257 Nm pada 4,000 rpm.

Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan SkyActiv-Drive jenis penukar tork (torque converter).
Kelengkapan standard pada Mazda CX-5 2026 merangkumi:
Mazda CX-5 2026 didatangkan dengan:

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 1 minute ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 22 minutes ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 32 minutes ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 1 minute ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 22 minutes ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 32 minutes ago