Jenama diecast tempatan, Sunway Tiny Toys, bakal memperluaskan barisan koleksi model miniatur rasmi Proton dengan memperkenalkan warna Kelabu Angkasa (Space Grey) bagi model Proton Saga MC3 skala 1:64.

Maklumat ini dibayangkan menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun rasmi Sunway Tiny Toys dengan kapsyen “akan datang”. Produk baharu ini menawarkan lagi pilihan warna tepat mengikut spesifikasi kilang untuk pengumpul tempatan dan pemilik Saga, menyertai varian Proton eMAS 5 berwarna Mawar Kuarz (Quartz Rose) dan Krim Marmar (Marble Cream) yang dibayangkan sebelum ini.

Warna kelabu angkasa diperkenalkan ke dalam palet warna Saga sebenar bersama Merah Delima (Ruby Red), Perisai Perak (Armour Silver), Putih Salji (Snow White) dan Biru Laut (Marine Blue) ketika kemaskini MC3 dilancarkan pada November 2025. Tona warna metalik berkenaan diinspirasikan daripada model Proton X70 versi sebelum facelift.
Sunway Tiny Toys melancarkan model miniatur Saga MC3 skala 1:64 buat pertama kali pada bulan Jun dengan warna merah delima dan biru laut. Model berskala terperinci ini direka bentuk berdasarkan varian tertinggi Saga MC3 Premium, menampilkan kanta lampu hadapan dan lampu belakang jernih, replika rim aloi Premium, pintu hadapan boleh dibuka serta bonet berengsel yang mendedahkan enjin miniatur 1.5‑liter i‑GT empat silinder di bahagian dalam.

Sunway Tiny Toys masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi mahupun harga runcit bagi edisi kelabu angkasa. Sebagai rujukan, model merah delima dan biru laut yang dilancarkan sebelum ini dijual pada harga RM 78 setiap unit.
Dihasilkan di bawah inisiatif Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, model‑model miniatur boleh didapati menerusi cawangan Sunway Tiny Toys di Sunway Lagoon serta pengedar sah. Pengumpul yang terlepas kumpulan pertama, atau yang inginkan replika bersaiz genggam sepadan dengan Saga berwarna kelabu angkasa, boleh memantau laman media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelancaran produk.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those right-hand-drive Xpeng models are already in the UK. Malaysia next? 1 hour ago
When they wanted the D but need to pay double the price... 1 hour ago
Should Jetour Malaysia bring a budget compact SUV like this to rival the X50 and Perodua Traz? 1 hour ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.