Pemilik Zeekr kini boleh menggunakan lounge 24 jam baharu di X Park Sunway Serene, Petaling Jaya, selain kemudahan Zeekr Power sedia ada yang menyediakan pengecasan DC pada kadar istimewa RM1.20/kWj.

Lounge seluas 1,800 kaki persegi dibuka oleh Zeekr Sunway. Kemudahan ini melengkapkan sembilan petak pengecasan DC di lokasi, dengan kapasiti pengecasan sehingga 480 kW.

Pemilik boleh memasuki lounge ini pada bila-bila masa menggunakan kod QR yang disediakan melalui aplikasi Zeekr. Wi-Fi percuma turut disediakan di dalamnya.
Lokasi ini turut memberi peluang kepada pengunjung menikmati pelbagai kemudahan rekreasi dan santapan di X Park Sunway Serene, termasuk gelanggang pickleball, litar go-kart, serta medan selera.

Selain memberi kemudahan kepada pemilik sedia ada, lounge ini turut menyediakan ruang buat para pengunjung meneroka barisan model kenderaan elektrik Zeekr.

“Pembukaan Zeekr Lounge X Park Sunway Serene menandakan pencapaian penting bagi Sunway Marketing dalam usaha memperkukuh kehadiran dalam Segmen kenderaan elektrik premium,” kata En. Yeoh Yuen Chee, Ketua Pegawai Eksekutif Perdagangan dan Pengeluaran Sunway.

“Dengan menggabungkan pengalaman Zeekr, kemudahan pengecasan ultra‑pantas dan kemudahan gaya hidup X Park, kami berhasrat menawarkan destinasi yang lebih praktikal dan menarik untuk pelanggan mengenali serta merasai jenama tersebut,” tambah En. Yeoh Yuen Chee.
En. Eddy Lu, Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia berkata Zeekr Power menyediakan kemudahan pengecasan DC eksklusif yang lebih meluas kepada pelanggan.

“Seiring komuniti pemilik Zeekr yang kian berkembang, kami kekal komited untuk meningkatkan pengalaman pemilikan menerusi nilai dan kemudahan yang lebih baik. Dengan kadar pengecasan DC istimewa RM1.20/kWj, kami menjadikan pengecasan pantas lebih mudah dicapai dan berpatutan untuk pemilik,” kata Eddy.
“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk memperkukuh ekosistem pemilikan EV di Malaysia. Kami akan terus meluaskan pilihan kemudahan pengecasan yang boleh dipercayai dan ultra‑pantas, supaya pemilikan EV menjadi lebih praktikal untuk pelanggan,” tambah En. Eddy Lu.

Kadar pengecasan DC RM1.20/kWj merupakan sebahagian keistimewaan bagi pemilik Zeekr. Jenama bekerjasama dengan rakan kongsi pengecasan JomCharge dan DC Handal untuk menyokong rangkaian pengecasan di Malaysia.
Sunway Marketing baru sahaja meraikan ulang tahun kedua operasi. Syarikat menyatakan lebih daripada 2,900 unit kenderaan Zeekr telah dijual sejak jenama memasuki pasaran Malaysia.
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene terletak di Lot No. 1, Jalan SS 8/6, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene is now live, and owners can enjoy lounge access 24/7!
There'll even be sales advisors on standby if you're looking to update ;)
#zeekr 1 day ago
70,000 wire harness types and China breathing down their neck 😅🇯🇵
Japanese brands are finally teaming up on basic parts to save cash for next-gen cars.
Tap in 👇 1 day ago
Yangwang U8 and U9 otw to Malaysia? 👀🔥 BYD Malaysia posted dancing cars on track—not local footage, so is a launch imminent?
Tap in 👇 1 day ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene is now live, and owners can enjoy lounge access 24/7!
There'll even be sales advisors on standby if you're looking to update ;)
#zeekr 1 day ago
70,000 wire harness types and China breathing down their neck 😅🇯🇵
Japanese brands are finally teaming up on basic parts to save cash for next-gen cars.
Tap in 👇 1 day ago
Yangwang U8 and U9 otw to Malaysia? 👀🔥 BYD Malaysia posted dancing cars on track—not local footage, so is a launch imminent?
Tap in 👇 1 day ago