Pelancaran EX2 di UK merupakan langkah strategik penting bagi Geely untuk memperluas jejak pasarannya di Eropah. Jenama menyasarkan jumlah jualan tahunan sebanyak 100,000 unit di United Kingdom menjelang tahun 2030.
Kejayaan model ini di pasaran domestik menjadi sandaran kukuh kepada strategi pengantarabangsaan Geely. Sejak pelancarannya di Malaysia pada Oktober 2025, Proton eMas 5 telah mencatatkan jualan melebihi 9,500 unit. Di China, Geely Xingyuan pula telah melangkau 196,000 unit jualan pada separuh pertama 2026, dan kekal mendominasi carta jualan segmennya secara konsisten sejak April tahun ini.