
Mazda CX-5 generasi baharu 2026 telah berjaya memperoleh penarafan keselamatan tertinggi 5 bintang daripada kedua-dua badan penilaian kenderaan terkenal dunia, Euro NCAP dan ANCAP. SUV kompakt ini mencatat prestasi cemerlang merangkumi kategori perlindungan penumpang, perlindungan pengguna jalan raya yang terdedah, serta teknologi bantuan keselamatan.
Model ini berjaya mengekalkan keputusan 5 bintang yang konsisten dalam ujian penilaian Euro NCAP (European New Car Assessment Programme) dan ANCAP (Australasian New Car Assessment Programme)
Bagi penilaian 5-bintang Euro NCAP, CX-5 memperoleh markah: 90 peratus untuk Perlindungan Penumpang Dewasa, 89 peratus untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak, 93 peratus untuk Perlindungan Pengguna Jalan Raya yang Terdedah, dan 83 peratus untuk Teknologi Bantuan Keselamatan.

Sementara itu, keputusan ujian ANCAP menunjukkan pencapaian yang hampir serupa. CX-5 mencatat 90 peratus dalam perlindungan penumpang dewasa, 91 peratus dalam perlindungan penumpang kanak-kanak, 93 peratus dalam perlindungan pengguna jalan raya yang terdedah, dan 87 peratus dalam teknologi bantuan keselamatan.
Perlu diberi perhatian, markah 93 peratus dalam perlindungan pengguna jalan raya yang terdedah merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dianugerahkan oleh ANCAP di bawah kriteria pengujian 2025.

Di Malaysia, Mazda CX-5 generasi baharu dijangka akan dilancarkan sepanjang tahun ini, dengan tempahan awal model ini telah dibuka semasa penganjuran KLIMS pada Jun lalu (2026).
Spesifikasi jangkaan untuk pasaran Malaysia mengesahkan varian ini akan didatangkan dengan enjin hibrid ringan 2.5L e-SkyActiv G, dengan anggaran harga permulaan sekitar RM 170,000.