Pelancaran tempatan Hyundai Stargazer kini semakin hampir, berikutan Hyundai Malaysia baru sahaja mempamerkan varian tertinggi Stargazer X.
Bagi pasaran Malaysia, syarikat sebelum ini mengesahkan pasaran tempatan akan menerima tiga varian Hyundai Stargazer, kesemuanya diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.
Anggaran harga adalah seperti berikut:

Kesemua varian Hyundai Stargazer untuk pasaran Malaysia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter MPI 4‑silinder aspirasi semula jadi (NA), menjana output 115 PS dan tork 144 Nm, dipadankan dengan transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) Hyundai.
Selain butiran tenaga kuasa, kita kini dapat melihat varian tertinggi Stargazer X dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, unit pratonton ini tidak mewakili spesifikasi rasmi Malaysia kerana ia merupakan unit spesifikasi pasaran Indonesia.

Petunjuk utama dapat dilihat pada reka bentuknya, Stargazer X mendapat kemasan 'cladding' badan penuh meliputi bahagian hadapan, sisi dan belakang. Sebagai tambahan, Stargazer X turut dilengkapi rel bumbung berfungsi (mampu menampung beban sehingga 100 kg) serta rim aloi 17‑inci kemasan hitam. Ia turut menampilkan reka bentuk bampar hadapan dan belakang khusus untuk varian ini.
Warna Gravity Gold Matte yang menarik perhatian ini adalah warna eksklusif untuk Stargazer X.

Kelainan turut berlanjutan ke ruang kabin, Stargazer X menawarkan kerusi ‘captain seat’ pada baris kedua, lengkap dengan meja lipat penumpang yang terintegrasi pada penyandar kerusi sebelah kiri.

Varian lebih tinggi termasuk Prime dan X dilengkapi paparan instrumen digital 10.25-inci bersama skrin infotainmen 10.25-inci, dengan sistem audio 6-pembesar suara.

Aspek keselamatan turut diperlengkapkan, varian spesifikasi tinggi menerima kawalan pelayaran pintar dengan fungsi stop-and-go, Bantuan Pengelakan Perlanggaran Hadapan, Bantuan Pengekalan dan Pengikutan Laluan, Amaran Titik Buta, Pengelakan Perlanggaran Trafik Lintasan Belakang, Bantuan Lampu Tinggi, Amaran Tumpuan Pemandu dengan Amaran Pelepasan Kenderaan Hadapan, serta sistem Amaran Keluar Selamat.
Penawaran 6 beg udara pula merupakan kelengkapan standard bagi segmen ini.
Dengan harga anggaran RM121,000 untuk Stargazer X, adakah ini bakal menjadi kenderaan keluarga pilihan anda yang seterusnya? Nantikan pelancarannya yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Tesla has finally opened orders for the driverless Cybercab and the price is surprisingly lower than a Model 3!
#TeslaCybercab #TeslaMalaysia #Cybercab #TeslaFSD #AutonomousVehicle 6 minutes ago
Pra Tonton Leapmotor B03X Di Malaysia! SUV Elektrik Kompak 382 KM WLTP & Cas 21 Minit!
Comel, boxy, dan praktikal! Direka sebagai SUV elektrik kompak segmen-B untuk pemanduan bandar, model ini membawakan beberapa spesifikasi yang cukup menarik:
🔋 Bateri LFP 53 kWh — jarak pemanduan sehingga 382 km (WLTP)
⚡ Pengecasan pantas DC 133 kW — cas 10% ke 80% dalam masa 21 minit sahaja
🚀 Kuasa 145 kW (198 hp) & tork 200 Nm — pecutan 0–100 km/j dalam 8.6 saat
📏 Saiz kompak 4.27m — lincah di ibu kota & senang nak parkir
🖥️ Skrin infotainmen besar 14.6 inci + kluster digital 8.8 inci
🧳 Ruang but 405L + Gigabox kalis air bawah lantai (jumlah 510L — siap boleh letak pek ais!)
Kalau Leapmotor B03X ini masuk pasaran Malaysia secara rasmi dengan harga yang kompetitif, pada pendapat anda model EV segmen-B mana yang paling tergugat? Komen di bawah! 👇💬
#LeapmotorB03X #LeapmotorMalaysia #BitAutoMalaysia #KeretaElektrikMalaysia #EVMalaysia#ACE2026#KeretaElektrikMalaysia #EVMalaysia #SUVKompak #InfoAutomotif #KeretaBaharu 2 hours ago
October 2026 car sales, electrified powertrains:
The Proton e.Mas 5 and 7 continue to lead Malaysia's EV adoption journey, while Zeekr takes up the third spot. iCaur also steadily gains, beating out BYD to complete the top 5.
The Yaris Cross proves to be Malaysia's new favourite hybrid SUV, as it narrowly grabs the lead ahead of the e.Mas 7 and Corolla Cross.
For PHEVs, the Proton e.Mas 7 continues to lead while the GWM Wey G9 - a car that costs roughly RM 100k more than both the Proton and Jaecoo - is in second place.
#carsales #hybrid #ev 3 hours ago Get the latest car news first!

#carsales #hybrid #ev 3 hours ago