Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaGWM Haval H6L HEV jarak roda 2,810 mm cipta ruang melebihi kelas, adakah ini model baharu GWM seterusnya untuk pasaran Malaysia?

GWM Haval H6L HEV jarak roda 2,810 mm cipta ruang melebihi kelas, adakah ini model baharu GWM seterusnya untuk pasaran Malaysia?

Sempena pembukaan Pameran Automobil Guangzhou 2026 hari ini, varian hibrid GWM Haval H6L HEV telah dilancarkan secara rasmi. Model baharu ini hadir dengan 2 varian, pada harga rasmi pasaran China antara RMB119,900 hingga RMB133,900 (sekitar RM74,000 hingga RM82,700). Model ini dikuasakan oleh teknologi hibrid pintar generasi kelima GWM, dengan pecutan 0-100km/j dalam lingkungan 7 saat sahaja.

Pada masa yang sama, versi plug-in hybrid (PHEV) Haval H6L PHEV turut dilancarkan serentak pada harga rasmi RMB135,900 hingga RMB140,900 (sekitar RM83,900 hingga RM87,000).

Reka Bentuk Luaran

Dari segi penggayaan, Haval H6L HEV mengekalkan rekaan yang selari dengan versi petrol. Rekaan luar model ini dihasilkan oleh bekas pereka Mercedes-Benz serta BMW, menggabungkan elemen semula jadi bersama konsep aerodinamik rintangan angin rendah.

Fascia hadapan menampilkan lampu utama LED matriks "Tyndall Light" yang cukup tersendiri dengan kesan pencahayaan berlapis yang jelas. Selain pilihan warna Crystal White, Phantom Black dan Mountain Grey, dua warna baharu turut diperkenalkan iaitu "Leisure Green" dan "Twilight Grey".

Profil sisi membawakan rekaan bumbung terapung, manakala bahagian belakang pula diserikan dengan bar lampu belakang LED jenis melintang serta rekaan spoiler pada bampar belakang bagi mempertingkatkan lagi kecekapan aerodinamik.

Menyentuh soal dimensi, berbanding GWM Haval H6 yang berada di pasaran Malaysia ketika ini, ukuran badan model H6L ini telah dipanjangkan lagi:

Dimensi Badan

GWM Haval H6 (Tempatan)

GWM Haval H6L HEV (Spesifikasi China)

Panjang

4,683 mm

4,800 mm

Lebar

1,886 mm

1,895 mm

Tinggi

1,730 mm

1,730 mm

Jarak roda

2,738 mm

2,810 mm

Ruang Kabin

Di bahagian dalaman, model baharu ini dilengkapi skrin sentuh unit hiburan maklumat 15.6 inci bersama cip berkuasa pengkomputeran tinggi 4 nm, memastikan operasi permulaan serta tindak balas kawalan suara bertindak pantas dan lancar. Sistem arahan suara Coffee GPT terbina dalam turut menyokong pengecaman dialek dan perbualan bersambung.

Senarai kelengkapan merangkumi paparan head-up W-HUD, panel meter digital penuh, fungsi ventilasi dan pemanasan tempat duduk barisan hadapan dan belakang, fungsi urutan tempat duduk hadapan serta penyokong kaki untuk tempat duduk penumpang hadapan.

Untuk ciri pemanduan pintar, model ini didatangkan dengan sistem Coffee Pilot 3 Lite yang mampu mengoperasikan fungsi bantuan pandu arah NOA (Navigation on Autopilot) bagi laluan bandar dan lebuh raya tanpa perlu bergantung pada pemetaan berketepatan tinggi.

Baca Juga: GWM Malaysia serah 3,166 unit pada separuh pertama 2026, separuh kedua sedia lancar pelbagai model baharu termasuk Ora 5 HEV dan Haval H7

Trenkuasa

Beralih ke bahagian trenkuasa, model baharu ini memanfaatkan teknologi hibrid pintar generasi kelima GWM yang menggandingkan enjin hibrid khusus 1.5L turbo (output maksimum 115kW / sekitar 156PS), transmisi DHT 2-kelajuan dan dwi-motor elektrik. Catatan pecutan 0-100km/j hanya memerlukan sekitar 7 saat, selain turut menawarkan pilihan sistem penyerap hentak kawalan elektronik EDC.

Buat masa ini, pihak GWM Malaysia masih belum mengumumkan sama ada Haval H6L HEV yang menawarkan ruang lebih luas dan pakej kelengkapan lebih mewah ini bakal dibawa masuk ke pasaran tempatan. Namun, dengan dimensi badan yang lebih panjang serta teknologi hibrid generasi kelima, model ini pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat automotif di Malaysia.

Baca Juga: Jualan GWM Filipina melonjak 70% pada Oktober, Haval H7 kekal model paling laris

Follow Facebook

BitAuto.my 205.7K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

205.7K followers + Follow
RM 1.29 million for a BYD—did they just out-Rolls-Royce Rolls-Royce or lose their minds? More on the 24K gold-badged limousine here 👇 1 minute ago This is one of the original boxy SUVs, and it is very likely Malaysia-bound! Say hello to the Ford Bronco NEV, one that could be roaming our streets if the stars align. #Ford #fordBronco 1 minute ago The iconic Toyota Corolla is now 60 years old and there's a new specially-wrapped model.....in China... Would you want to see one locally too? #toyota #ToyotaCorolla 1 minute ago
Kembali ke Atas
Balasan