Mitsubishi Motors baru-baru ini mengumumkan bahawa SUV serba baharu, Mitsubishi Pajero, telah memulakan pelancaran global sulungnya di Thailand!
SUV flagship serba baharu ini dipasang dan dikilangkan di fasiliti utama Mitsubishi Motors di Laem Chabang, Wilayah Chon Buri, Thailand.

Selain Thailand, pasaran Australia dan Jepun juga akan memulakan pra-jualan serta pelancaran rasmi pada pertengahan Disember.
Di samping itu, Mitsubishi Motors turut merancang untuk memperkenalkan model baharu utama ini ke kira-kira 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia secara berperingkat bermula tahun kewangan 2027, termasuk pasaran Timur Tengah dan Amerika Latin.
Mitsubishi Pajero serba baharu ditawarkan dalam 3 pilihan varian di Thailand, dengan harga jualan seperti berikut:
ALL NEW PAJERO GLS: 1,499,000 Baht (kira-kira RM182,000)
ALL NEW PAJERO GSR: 1,699,000 Baht (kira-kira RM206,000)
ALL NEW PAJERO SUPER EXCEED: 1,999,000 Baht (kira-kira RM243,000)
(Nota: Warna cat istimewa seperti White Diamond, Phantom Blue serta versi bumbung dwi-tona dikenakan bayaran tambahan sebanyak 20,000 Baht)

Pajero serba baharu bukan sahaja mengekalkan DNA reka bentuk siri ini, malah menggabungkan keupayaan off-road mantap, kebolehpercayaan tinggi serta ketahanan pacuan empat roda (4WD) tulen dengan keselesaan dan pengendalian lincah persis sebuah sedan.
Sebagai model flagship kebanggaan jenama ini, kualiti keseluruhan dan tahap ketelitiannya mengalami transformasi menyeluruh.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Motors, Keisuke Kishiura berkata: “Kami amat berbesar hati memilih Thailand sebagai destinasi pelancaran global pertama bagi Pajero serba baharu. Thailand bukan sahaja pasaran teras kami, malah hab pengeluaran dan eksport yang amat penting. SUV flagship ini menterjemahkan falsafah pembikinan kenderaan Mitsubishi dengan sempurna dan diletakkan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam pasaran Thailand. Melangkah ke hadapan, kami akan terus membawakan kenderaan berkualiti dari Thailand ke pasaran global bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang melangkaui jangkaan kepada para pemilik kenderaan.”

Menyentuh mengenai perancangan pelancaran tempatan yang dinanti-nantikan peminat automotif Malaysia, model baharu ini sememangnya berpotensi dibawa masuk dari Thailand sebagai model import sepenuhnya (CBU). Walau bagaimanapun, mengenai bilakah ia bakal mendarat secara rasmi di pasaran tempatan, segalanya tertakluk kepada lampu hijau daripada pihak prinsipal Mitsubishi!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Can't get enough of the new 2026 Honda City Hatchback facelift?
Fret not, we have the full gallery here, as well as a short write-up. ⬇⬇⬇ 1 minute ago
There's a new Wey G9 in town, and it doesn't need ANY charging.
Yes, we're referring to the new GWM Wey G9 HEV, and we're comparing the two models in our write-up below: 1 minute ago
Turbo Hybrid confirmed!
Kia Malaysia has teased the upcoming 2027 Kia Sportage facelift with the turbo hybrid powertrain.
#kia #KiaSportage 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Can't get enough of the new 2026 Honda City Hatchback facelift?
Fret not, we have the full gallery here, as well as a short write-up. ⬇⬇⬇ 1 minute ago
There's a new Wey G9 in town, and it doesn't need ANY charging.
Yes, we're referring to the new GWM Wey G9 HEV, and we're comparing the two models in our write-up below: 1 minute ago
Turbo Hybrid confirmed!
Kia Malaysia has teased the upcoming 2027 Kia Sportage facelift with the turbo hybrid powertrain.
#kia #KiaSportage 1 minute ago