Nissan Elgrand e-Power serba baharu bakal diperkenalkan di Thailand sempena Thailand International Motor Expo 2026 Disember ini, sekali gus menandakan kemunculan MPV premium tersebut di rantau Asia Tenggara.
Berdasarkan pengumuman rasmi Nissan Thailand, Elgrand generasi keempat ini akan membuat kemunculan sulung bagi pasaran Thailand dengan rangkaian kuasa elektrifikasi terbaharu jenama itu, teknologi pacuan semua roda termaju serta ruang kabin tiga baris yang serba mewah.

Elgrand baharu ini mula dipertontonkan di Japan Mobility Show 2025, menggantikan model terdahulu yang telah berada di pasaran selama lebih 15 tahun. Rekaan luarannya yang cukup menyerlah menampilkan gril bercorak saiz besar, lampu utama LED tirus, pencahayaan bergaya piksel yang tersendiri serta bentuk badan berkotak bagi memaksimumkan ruang kabin.
Dengan ukuran 4,995 mm panjang, 1,895 mm lebar dan 1,965 mm tinggi, berserta jarak roda 3,000 mm, Elgrand adalah sedikit lebih pendek berbanding Toyota Alphard terbaharu, namun tetap menawarkan susun atur MPV mewah yang setanding luasnya.

Elgrand baharu dikuasakan oleh sistem e-Power generasi ketiga Nissan, yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter turbo 3-silinder bersama dua motor elektrik.
Berbeza dengan hibrid konvensional, enjin petrol bertindak semata-mata sebagai penjana kuasa dan bukannya memacu roda secara terus. Motor elektrik yang membekalkan kuasa pacuan sepenuhnya, sekali gus memberikan Elgrand karektor pemanduan ala EV tanpa memerlukan pengecasan luaran.

Sistem ini turut merangkumi teknologi pacuan semua roda elektrik e-4ORCE Nissan, dengan motor hadapan menjana 203 PS manakala motor belakang menghasilkan 135 PS.
Ciri menarik lain termasuk Intelligent Dynamic Suspension, Active Noise Cancellation serta enam mod pemanduan yang boleh dipilih.
Menjengah ke ruang dalaman, Elgrand menawarkan kerusi captain baris kedua lengkap dengan sokongan kaki ottoman, tempat duduk Zero Gravity, dwi-skrin paparan 14.3 inci serta pilihan sistem audio Bose 22 pembesar suara.

Pelancaran Elgrand baharu di Thailand pastinya menarik perhatian peminat automotif Malaysia, memandangkan segmen MPV premium di negara ini sentiasa mendapat sambutan hangat menerusi Toyota Alphard, Vellfire, Denza D9 dan Zeekr 009.
Nissan sememangnya sudah menawarkan Serena e-Power di Malaysia, namun Elgrand yang bersaiz lebih besar mampu memberi alternatif lebih mewah dengan kelebihan pacuan semua roda serta pelbagai ciri keselesaan penumpang.
Nama Elgrand juga bukanlah sesuatu yang asing buat pembeli di Malaysia melalui generasi sebelumnya serta pasaran recon (import selari).
Bagi pasaran Thailand, model baharu ini akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dengan harga serta spesifikasi penuh tempatan dijangka diumumkan sewaktu Motor Expo pada Disember ini.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Can you really get a luxury Chinese off-roader for RM 140k? Here's what makes it so attractive. 1 minute ago
BYD Australia COO: 95% of parts reach dealers within 24 hours as aftersales network expands.
How would you rate BYD’s aftersales service and parts availability here? Share your honest review or servicing experience with us in the comments!
#BYDMalaysia #EV #Aftersales #CarMaintenance #MalaysianDrivers 1 minute ago
Toyota Alphard and Vellfire finally getting some Japanese competition?
Nissan has confirmed the all-new Elgrand e-Power for Thailand this December!
It gets a 1.5-litre turbo e-POWER system, electric all-wheel drive, luxury captain's chairs and a 22-speaker Bose sound system.
Malaysia isn't confirmed yet, but would you choose this over an Alphard if Nissan brought it here?
#nissan #elgrand 1 minute ago Get the latest car news first!

#nissan #elgrand 1 minute ago