Ramai pembeli kereta sering terlalu tertumpu pada angka kuasa kuda, saiz skrin infotainmen, atau ciri keselamatan ADAS, sehingga terlepas pandang satu perincian penting pada risalah spesifikasi: saiz tayar.

Sebenarnya, bagi model yang sama, pengeluar sering menawarkan saiz rim dan profil tayar yang berbeza mengikut varian. Sebagai contoh, varian asas mungkin didatangkan dengan rim 16 inci bersama tayar berprofil tebal, manakala varian tertinggi pula menggunakan rim 18 atau 19 inci dengan tayar nipis.
Ini bukan sekadar isu estetika atau rupa luaran sahaja; perkara ini bakal mempengaruhi pengalaman pemanduan, tahap keselesaan, dan kos penyelenggaraan anda untuk tempoh jangka masa panjang.

Untuk memahami ketebalan tayar, lihat pada dua digit di tengah nombor spesifikasi pada dinding tayar. Sebagai contoh, untuk saiz 215/45 R18 :
215: Lebar tapak tayar (215mm).
45: Nisbah aspek, iaitu ketinggian dinding sisi tayar adalah 45% daripada lebar tapak tayar.
R18: Diameter rim adalah 18 inci.
Cara mudah untuk faham: Pada lebar tayar yang sama, semakin kecil nombor nisbah aspek, semakin nipis dinding tayar tersebut. Rim akan kelihatan lebih besar dan tayar nampak lebih leper, biasanya ditemukan pada varian sport atau model tertinggi. Sebaliknya, semakin besar nombornya , semakin tebal dinding tayar, memberikan rupa yang lebih 'padat' dan biasa digunakan pada kereta keluarga atau SUV.
|
Aspek Perbandingan |
Tayar Nipis (Nisbah rendah, c th: 40 - 45) |
Tayar Tebal (Nisbah tinggi, cth: 60 - 65 ke atas) |
|
Penampilan |
Rim nampak besar, ruang gerbang roda nampak penuh; lebih sporty dan premium |
Dinding tayar nampak tebal; lebih menonjolkan imej stabil dan praktikal |
|
Keselesaan & Ser apan |
Kurang ruang kusyen; gegaran dari jalan, bonggol, atau lubang terus terasa ke dalam kabin |
Dinding tayar bertindak seperti kusyen udara; serapan impak lebih baik, kabin lebih tenang |
|
Pengendalian (Handling) |
Dinding tayar keras, kurang olengan; respon stereng tajam, stabil di lebuh raya dan selekoh |
Dinding lebih lembut; olengan badan lebih terasa, rasa stereng kurang tepat berbanding tayar nipis |
|
Ketahanan Terhadap Impak |
Risiko tinggi tayar bengkak atau pecah jika terlanggar lubang besar, rim juga mudah calar atau bengkok |
Lebih lasak dengan toleransi tinggi; risiko kerosakan rim lebih rendah |
|
Kos Penyelenggaraan |
Saiz besar dan tayar nipis biasanya melibatkan kos penggantian yang lebih mahal |
Saiz standard kereta keluarga; pilihan jenama banyak dan harga lebih mampu milik3. Memilih Tayar Mengikut Keadaan Jalan Raya Malaysia |
Keadaan jalan raya di Malaysia yang kerap berlubang (pothole), kawasan pembinaan, dan lambakan bonggol di kawasan perumahan menuntut pemilihan tayar yang bijak, bukan sekadar mementingkan gaya.

Kegunaan harian & keluarga: Pilih tayar tebal (Nisbah 55 - 65) Jika anda menggunakan kereta untuk ulang-alik kerja, menghantar anak ke sekolah, atau perjalanan santai hujung minggu, rim 16 atau 17 inci dengan tayar tebal adalah pilihan paling rasional. Selain lebih selesa, pilihan ini lebih selamat apabila berdepan dengan jalan yang tidak rata atau takungan air yang menyembunyikan lubang, sekali gus menjimatkan kos pembaikan rim serta penggantian tayar.
Sering guna lebuh raya & suka pemanduan dinamik: Pertimbangkan tayar nipis (Nisbah 45 - 50) Jika anda banyak memandu jarak jauh di lebuh raya dan menggemari maklum balas pemanduan yang lebih tajam, rim besar dengan tayar nipis menawarkan kestabilan dan cengkaman selekoh yang lebih baik. Namun, anda harus lebih berhati-hati dengan keadaan jalan raya dan sentiasa perlahankan kenderaan apabila melintasi kawasan berlubang atau bonggol untuk mengelakkan kerosakan.

Rujuk pelekat pada bingkai pintu (B-pillar): Buka pintu pemandu dan lihat pelekat spesifikasi tekanan angin dan saiz tayar yang disyorkan pengeluar. Pastikan Load Index dan Speed Rating tayar baru anda adalah sama atau lebih tinggi daripada piawaian asal. Jangan sesekali berkompromi dengan menurunkan spesifikasi demi penjimatan kos.
Jangan ubah suai saiz secara keterlaluan: Jangan menukar profil tayar secara drastik (contohnya daripada nisbah 60 ke 40) hanya untuk gaya. Perubahan ini akan menjejaskan ketepatan meter kelajuan, membebankan sistem suspensi, dan meningkatkan risiko tayar pecah atau rim bengkok akibat keadaan jalan raya kita yang tidak menentu. Kesannya, anda mungkin menanggung kos yang lebih besar di kemudian hari.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Penasihat jualan di kedai kereta kini bukan manusia?
Kenali XPeng IRON yang bakal memasuki pasaran global 2027!
#XPengIRON #XPengMalaysia #BitAutoMalaysia #RobotHumanoid #TeknologiMasaDepan 1 minute ago
RM 1.29 million for a BYD—did they just out-Rolls-Royce Rolls-Royce or lose their minds?
More on the 24K gold-badged limousine here 👇 10 hours ago
This is one of the original boxy SUVs, and it is very likely Malaysia-bound!
Say hello to the Ford Bronco NEV, one that could be roaming our streets if the stars align.
#Ford #fordBronco 11 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Penasihat jualan di kedai kereta kini bukan manusia?
Kenali XPeng IRON yang bakal memasuki pasaran global 2027!
#XPengIRON #XPengMalaysia #BitAutoMalaysia #RobotHumanoid #TeknologiMasaDepan 1 minute ago
RM 1.29 million for a BYD—did they just out-Rolls-Royce Rolls-Royce or lose their minds?
More on the 24K gold-badged limousine here 👇 10 hours ago
This is one of the original boxy SUVs, and it is very likely Malaysia-bound!
Say hello to the Ford Bronco NEV, one that could be roaming our streets if the stars align.
#Ford #fordBronco 11 hours ago