Gambar intipan terbaru AMA02 Proton Saga Cross yang akan dilancarkan telah tersebar di internet. Kali ini, gambar menunjukkan pemandangan paling jelas bahagian dalaman crossover ini.
Gambar-gambar ini dirakam ketika ujian jalan di Lebuhraya Karak, prototaip dibalut pelekat penyamaran itu dilihat menampilkan reka letak papan pemuka yang serupa dengan Proton Saga facelift (AMA01) akan datang, termasuk panel meter digital, skrin infotainmen dan stereng yang dikongsi bersama.
Walaupun pelekat penyamaran menutupi sebahagian besar kabin, gambar terbaru mencadangkan Proton mungkin menyeragamkan reka bentuk papan pemuka untuk kedua-dua model.

Dari segi luaran, prototaip ini turut menampilkan gril hadapan bercorak dan rim aloi bersaiz agak kecil. Berbeza dengan pencabarnya seperti Perodua Ativa, Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross, Saga Cross kelihatan mempunyai nisbah dimensi lebih hampir kepada hatchback yang dinaikkan ketinggian berbanding SUV padat konvensional.

Bahagian hadapan juga kelihatan menggunakan susunan lampu jenis terpisah (split headlamps), namun masih belum pasti sama ada lampu sekunder berkenaan berfungsi sebagai lampu siang (DRL), lampu kabus, atau kedua-duanya sekali. Di bahagian belakang, spoiler bumbung kelihatan seakan-akan Proton X50 Sport Edition, manakala lampu belakangnya dijangka menampilkan reka bentuk melintang yang lebih lebar.
Menurut sumber industri, Saga Cross berasaskan platform AMA ini dijangka ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa. Varian asas (entry-level) dikhabarkan bakal menerima enjin 1.5-liter i-GT empat silinder naturally-aspirated (NA) yang menghasilkan 120 PS dan 150 Nm tork, dipadankan dengan transmisi CVT.

Varian flagship Hybrid Electric Vehicle (HEV) turut dikatakan sedang dibangunkan, menggunakan enjin 1.5-liter Dedicated Hybrid Engine (DHE) dan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) terbaharu Proton yang sebelum ini dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia ketika acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.
Baca Juga: KLIMS 2026: Hala tuju masa depan hibrid, sistem FutureMotion HEV Proton dipamerkan
Garis masa pengeluaran masih belum disahkan secara rasmi, namun laporan mencadangkan pengeluaran percubaan (trial production) mungkin bermula seawal Ogos ini, sebelum pengeluaran besar-besaran pada hujung Oktober. Prototaip awal juga dikatakan dipasang di fasiliti DRB-Hicom Pekan sebelum operasi pengeluaran dipindah ke Tanjung Malim.
Pelancaran rasmi dijangka berlangsung pada penghujung tahun 2026. Nantikan kemaskini seterusnya.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Tesla has finally opened orders for the driverless Cybercab and the price is surprisingly lower than a Model 3!
#TeslaCybercab #TeslaMalaysia #Cybercab #TeslaFSD #AutonomousVehicle 27 minutes ago
Pra Tonton Leapmotor B03X Di Malaysia! SUV Elektrik Kompak 382 KM WLTP & Cas 21 Minit!
Comel, boxy, dan praktikal! Direka sebagai SUV elektrik kompak segmen-B untuk pemanduan bandar, model ini membawakan beberapa spesifikasi yang cukup menarik:
🔋 Bateri LFP 53 kWh — jarak pemanduan sehingga 382 km (WLTP)
⚡ Pengecasan pantas DC 133 kW — cas 10% ke 80% dalam masa 21 minit sahaja
🚀 Kuasa 145 kW (198 hp) & tork 200 Nm — pecutan 0–100 km/j dalam 8.6 saat
📏 Saiz kompak 4.27m — lincah di ibu kota & senang nak parkir
🖥️ Skrin infotainmen besar 14.6 inci + kluster digital 8.8 inci
🧳 Ruang but 405L + Gigabox kalis air bawah lantai (jumlah 510L — siap boleh letak pek ais!)
Kalau Leapmotor B03X ini masuk pasaran Malaysia secara rasmi dengan harga yang kompetitif, pada pendapat anda model EV segmen-B mana yang paling tergugat? Komen di bawah! 👇💬
#LeapmotorB03X #LeapmotorMalaysia #BitAutoMalaysia #KeretaElektrikMalaysia #EVMalaysia#ACE2026#KeretaElektrikMalaysia #EVMalaysia #SUVKompak #InfoAutomotif #KeretaBaharu 2 hours ago
October 2026 car sales, electrified powertrains:
The Proton e.Mas 5 and 7 continue to lead Malaysia's EV adoption journey, while Zeekr takes up the third spot. iCaur also steadily gains, beating out BYD to complete the top 5.
The Yaris Cross proves to be Malaysia's new favourite hybrid SUV, as it narrowly grabs the lead ahead of the e.Mas 7 and Corolla Cross.
For PHEVs, the Proton e.Mas 7 continues to lead while the GWM Wey G9 - a car that costs roughly RM 100k more than both the Proton and Jaecoo - is in second place.
#carsales #hybrid #ev 3 hours ago Get the latest car news first!

#carsales #hybrid #ev 3 hours ago