
Kemunculan sulung ini bukan sekadar pelancaran model biasa. Menurut Stellantis, kesemua kenderaan Leapmotor yang dijual di Indonesia akan dipasang secara tempatan (CKD) di PT National Assemblers. Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan pelaburan jangka panjang syarikat berkenaan di pasaran tersebut serta sejajar dengan strategi keseluruhannya di Asia Tenggara.
Leapmotor tiba di Indonesia bersama Citroën dan Jeep di bawah konsep peruncitan 'Brand House' Stellantis, yang menyatukan ketiga-tiga jenama ini di bawah satu ekosistem pengedar. Stellantis menyasarkan penubuhan 52 cawangan Brand House di seluruh Indonesia menjelang akhir tahun 2026.

Baca Juga: Leapmotor Capai 1.5 Juta Penghantaran Secara Global

Faktor harga turut menjadi tumpuan utama. Di Indonesia, Leapmotor B10 ditawarkan pada harga IDR 499 juta (~RM113k), manakala C10 bermula daripada IDR 618 juta (~RM140k) harga atas jalan Jakarta. Bagi 500 pelanggan terawal sepanjang GIIAS 2026, Leapmotor menawarkan harga pengenalan khas iaitu IDR 449 juta (~RM102k) bagi B10 dan IDR 598 juta (~RM135k) bagi C10.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata Indonesia merupakan antara pasaran strategik kumpulan di Asia Tenggara, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Leapmotor International, Tianshu Xin menyifatkan pelancaran ini sebagai babak baharu dalam rancangan pengembangan global jenama tersebut. PT Indomobil National Distributor selaku rakan kongsi tempatan Stellantis akan mengendalikan pembangunan rangkaian jualan, perkhidmatan lepas jualan dan pengalaman pemilikan pelanggan.
Di pasaran tempatan pula, Stellantis baru-baru ini telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model Leapmotor C10 di kilangnya di Gurun, manakala kerja pemasangan CKD bagi model B10 dijangka bermula tidak lama lagi.
Baca Juga: Selepas 20 bulan, Leapmotor C10 kini dipasang secara tempatan (CKD)

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago