Nexen Tire telah melancarkan N’Blue S dan N’Fera Primus UX di Malaysia, menawarkan dua pilihan siri tayar baharu untuk kenderaan elektrik mahupun kenderaan enjin pembakaran dalaman.
Diperkenalkan pada 30 Oktober 2026, N’Blue S merupakan tayar touring yang memfokuskan kepada cengkaman ketika cuaca basah, manakala N’Fera Primus UX menyasarkan segmen ultra-high-performance dengan struktur diperkukuh bagi menjamin kestabilan dan keselesaan semasa pemanduan di lebuh raya.
Kedua-duanya diperkenalkan menjelang musim monsun hujung tahun, dengan reka bentuk yang disesuaikan khusus untuk menampung cuaca hujan lebat, suhu panas serta pemanduan jarak jauh di Malaysia.

N’Blue S menggunakan corak bunga tayar yang direka untuk menyalurkan air keluar dari kawasan sentuhan tayar, sekali gus mengurangkan risiko aquaplaning ketika hujan lebat.


Struktur rintangan bergolek rendah (low rolling resistance) padanya turut membantu mengurangkan penggunaan bahan api.
Ditawarkan di pasaran tempatan dalam 110 saiz untuk rim bersaiz 14 hingga 17 inci, siri tayar ini turut dipasang sebagai kelengkapan asal (original equipment) bagi model terpilih, termasuk Volkswagen Golf dan Audi A3.

N’Fera Primus UX menampilkan binaan diperkukuh yang direka khas untuk mempertingkatkan kestabilan serta keselesaan sepanjang pemanduan di lebuh raya.
Nexen Tire turut mendakwa prestasi ketahanan kehausan bunga tayar sekitar 20% lebih baik berbanding model terdahulu.



Dibangunkan berpandukan strategi One Universal Fit syarikat, rangkaian ini sesuai untuk pelbagai model kenderaan daripada pengeluar Eropah, Jepun, Korea Selatan dan China.
N’Blue S dan N’Fera Primus UX masing-masing memiliki tanda EV ROOT daripada Nexen Tire, yang mengesahkan keserasiannya dengan kenderaan elektrik.
Menurut pengeluar itu, tayar-tayar ini direka untuk menampung beban tambahan serta tork serta-merta EV di samping kekal serasi untuk model enjin pembakaran dalaman, tanpa memerlukan versi khusus EV yang berasingan.
Kedua-dua siri ini dilindungi oleh Nexen Tire Exchange Programme, yang menawarkan penggantian satu-dengan-satu tanpa syarat selama enam bulan bagi kerosakan akibat bahaya jalan raya (road hazard) yang layak.
Program ini disediakan melalui pengedar yang mengambil bahagian, dengan pelanggan perlu mendaftarkan tayar mereka semasa membuat pembelian.
Nexen Tire Malaysia turut sedang merangka program waranti berasingan, dengan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Tyres may be one of the least exciting part of your car, but they're an extremely crucial when it comes to safety.
And Nexen has introduced two new tyres, catering to different market segments.
#nexen 1 minute ago Toyota M Concept - is it a new MR2 or Celica? Will it be built in the first place? We speak to the development driver for answers 1 minute ago
Locally assembled (CKD) GWM ORA 5 Hi2 HEV from Pegoh, Melaka. Estimated under RM115k the wait is almost over!
#GWMMalaysia #GWMORA5 #ORA5Hi2HEV #GWM #BitAutoM #CarNewsMalaysia #AutomotiveMY #CKDMalaysia #HybridSUV 8 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Tyres may be one of the least exciting part of your car, but they're an extremely crucial when it comes to safety.
And Nexen has introduced two new tyres, catering to different market segments.
#nexen 1 minute ago Toyota M Concept - is it a new MR2 or Celica? Will it be built in the first place? We speak to the development driver for answers 1 minute ago
Locally assembled (CKD) GWM ORA 5 Hi2 HEV from Pegoh, Melaka. Estimated under RM115k the wait is almost over!
#GWMMalaysia #GWMORA5 #ORA5Hi2HEV #GWM #BitAutoM #CarNewsMalaysia #AutomotiveMY #CKDMalaysia #HybridSUV 8 hours ago