Sebuah model iCaur baharu bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi, susulan gambar intipan (spyshots) iCaur V27 yang muncul di media sosial baru‑baru ini.

Seperti yang dikongsi dalam paultan.org Automotive/Car Discussion Group, iCaur Malaysia dilihat sedang menguji unit iCaur V27 dengan penyamaran penuh dan menggunakan plat ujian B3017A. Plat ujian berkenaan pernah dikesan pada sebuah iCaur V23 sekitar setahun lalu, sejurus sebelum model itu dilancarkan di sini.

iCaur V27 bakal menjadi model global ketiga iCaur, selepas iCaur 03 dan iCaur V23.
Tidak seperti iCaur 03 dan V23 yang ditawarkan sebagai kenderaan elektrik (EV) tulen di sini, V27 merupakan sebuah range‑extender EV (REEV) yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter dengan sama ada motor elektrik pacuan belakang atau konfigurasi dwi-motor.
Varian pertama menghasilkan 185 kW (252 PS) dan 300 Nm, manakala varian dengan tambahan motor di hadapan menawarkan output gabungan sebanyak 335 kW (455 PS) dan 505 Nm.

Sebagai sebuah REEV, ini bermakna enjin petrol hanya bertindak sebagai penjana kuasa (generator) untuk motor elektrik dan tidak memacu roda secara langsung. Secara prinsipnya, sistem ini serupa dengan teknologi hibrid e-Power Nissan.
Meskipun begitu, kapasiti bateri adalah sama untuk kedua-dua varian RWD dan AWD, dengan pek bateri LFP 34.3 kWh membekalkan kuasa kepada motor. Jarak pemanduan gabungan bagi V27 RWD boleh mencecah sehingga 1,230 km (kitaran CLTC), manakala V27 AWD pula dilaporkan mampu mencapai sehingga 1,200 km (juga mengikut CLTC).
Adakah anda teruja? Pelancarannya berkemungkinan besar berlangsung pada akhir tahun ini.
Baca Juga: CKD 2026 iCaur V23 kini mula tiba di bilik pameran Malaysia, kekal RM132,780

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Xiaomi to the world!
They have signed with several big European distributors ahead of their planned 2027 exports.
So, Malaysia when?
#xiaomi 1 minute ago
The Zeekr 7X will be receiving an update later this year, including the new 85 kWh Golden Brick battery and new colours.
Bila datang Malaysia?
#Zeekr #Zeekr7X 27 minutes ago
Any luck for Malaysia?
This is the newly-launched BYD Sealion 8, priced between RMB 229,900 (~RM 138k) for the PHEV and RMB 239,900 (~RM 144k) for the EV.
Key stats include up to 1,650 km and 544 PS combined power for the PHEV, and up to 900 km and 795 PS for the EV.
#BYD #BYDSealion8 6 hours ago Get the latest car news first!

#BYD #BYDSealion8 6 hours ago