
Toyota telah mengeluarkan teaser pertama bagi Innova Hycross yang dikemaskini di India, menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 25 November 2026. Model facelift ini dijangka membawakan rekaan luaran yang lebih segar, penambahan kelengkapan, serta kemungkinan penggunaan rangkaian kuasa hibrid bahan api fleksibel (flex-fuel).
Model yang dikenali sebagai Innova Zenix di Malaysia dan Indonesia ini dijangka menerima beberapa perubahan ketara pada bahagian luaran dan dalaman.

Selain perubahan pada unit lampu depan, model facelift ini dijangka menampilkan rekaan gril baharu, bampar depan dan belakang yang direka semula, lampu belakang bah aru, serta reka bentuk rim aloi terkini.
Berdasarkan laporan terd ahulu, bahagian dalaman kabin mungkin turut menerima naik taraf kelengkapan, termasuk skrin infotainmen 1 2.3-inci yang lebih besar dan paparan kluster instrumen digital 12.3-inci. Selain itu, pilihan kombinasi warna dalaman dan upholsteri baharu juga dijangka akan ditawarkan.

Salah satu perkembangan paling signifikan melibatkan aspek rangkaian kuasa kenderaan ini.
Menurut laporan media tempatan, Innova Hy cross yang dikemaskini ini bakal menjadi kenderaan hibrid kuat (strong hybrid) flex-fuel pertama yang dikeluarkan di India.
Sistem ini dijangka mengekalkan unit enjin h ibrid petrol-elektrik 2.0-liter empat silinder sedia ada, namun enjin tersebut telah diubah suai bagi membolehkannya beroperasi menggunakan campuran petrol dengan kepekatan etanol yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, Toyota masih belum meng esahkan tahap campuran etanol yang disokong oleh sistem tersebut, mahupun sama ada varian petrol biasa akan menerima pengubah suaian yang serupa.
Meskipun Innova Hycross mempunyai k aitan rapat dengan Innova Zenix yang dipasarkan di Malaysia, pihak Toyota masih belum mengesahkan sama ada kem as kini terbaharu ini akan turut dibawa masuk ke pasaran tempatan.
Di Malaysia, MPV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.0V petrol pada harga bermula RM165, 000, dan varian Hybrid dengan harga bermula RM202,000.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those right-hand-drive Xpeng models are already in the UK. Malaysia next? 1 hour ago
When they wanted the D but need to pay double the price... 1 hour ago
Should Jetour Malaysia bring a budget compact SUV like this to rival the X50 and Perodua Traz? 1 hour ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.