Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaMitsubishi Pajero 2026 Serba Baharu Dieksport dari Thailand, Bakal Masuk ASEAN 2027: Ada Peluang ke Malaysia?

Mitsubishi Pajero 2026 Serba Baharu Dieksport dari Thailand, Bakal Masuk ASEAN 2027: Ada Peluang ke Malaysia?

Mitsubishi Pajero serba baharu telah mula dieksport dari Thailand ke Jepun. Mitsubishi Motors mengesahkan rancangan untuk meluaskan pasaran SUV mercu ini ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia, termasuk rantau ASEAN, bermula tahun fiskal 20 27.

Pada awal bulan ini, Mitsubishi Motors Thailand telah mengadakan majlis penghantaran rasmi di Pelabuhan Laem Chabang, Chonburi, bagi menandakan pelepasan kumpulan pertama SUV Pajero buatan Thailand yang ditujukan untuk pasaran Jepun.

Pajero generasi baharu ini dilancarkan secara rasmi di Thailand pada 19 Oktober 2026, menjadikannya pasaran pertama yang menerima nama ikonik tersebut. Jepun dan Australia menjadi destinasi seterusnya, dengan jualan dijadualkan bermula pada bulan Disember.

Lebih penting bagi pasaran rantau ini, Mitsubishi mengesahkan bahawa Pajero akan diperkenalkan secara berperingkat di lebih 100 buah negara dan wilayah bermula tahun fiskal 2027, termasuk ASEAN, Amerika Latin, dan Timur Tengah.

Dibangunkan dan dikilangkan di Thailand

Berbeza dengan generasi terdahulu yang sinonim dengan pengeluaran di Jepun, Pajero serba baharu kini dikilangkan di kilang Mitsubishi Motors Thailand di Laem Chabang.

Menurut Mitsubishi, SUV ini telah menjalani ujian jalan raya sebenar sejauh lebih 100,000 km di Thailand, hasil kerjasama erat antara pasukan kejuruteraan Thailand dan Jepun.

Pihak pengeluar turut mendedahkan bahawa lebih 80% daripada pembekal komponen Pajero berpangkalan di Thailand, sekali gus membuktikan kepentingan negara tersebut dalam rantaian bekalan projek ini.

Tiga varian ditawarkan di Thailand

Mitsubishi Pajero baharu kini boleh didapati di Thailand dalam tiga varian: GLS 2WD, GSR 2WD, dan Super Exceed 4WD.

Barisan model ini menawarkan pilihan konfigurasi pacuan dua roda dan pacuan empat roda kepada pembeli, dengan Super Exceed diletakkan sebagai varian tertinggi dalam rangkaian model tersebut.

Dibangunkan berasaskan Triton, semua varian SUV ini dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4 liter 4N16 Gen 2 VGT yang menghasilkan 204 PS dan 480 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kel ajuan dengan shift paddle, sistem suspensi hadapan double wishbone, suspensi belakang five-link, serta limited-slip diff.

Harga jualan bagi model ini adalah seperti berikut:

  • GLS: 1.499 juta baht (RM182,000)
  • GSR: 1.699 juta baht (RM206, 000)
  • Super Exceed: 1.999 juta baht (RM242,000)

Adakah Mitsubishi Pajero baharu bakal masuk ke Malaysia?

Dengan kemasukan rantau ASEAN ke dalam pelan pelancaran global Mitsubishi, Pajero baharu mungkin berpeluang untuk tiba di pasaran Malaysia. Hakikatnya, model ini merupakan prospek yang menarik memandangkan nama Pajero begitu ikonik dalam landskap automotif negara kita.

Peluang untuk model ini dibawa masuk bukanlah mustahil, memandangkan Malaysia sedia mengimport Triton buatan Thailand, manakala model Xforce dan Xpander pula dipasang secara tempatan ( CKD).

Walau bagaimanapun, Mitsubishi Motors Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai rancangan pengenalan Pajero di pasaran tempatan. Kehadiran model ini pasti akan memberikan Mitsubishi Malaysia sebuah SUV mercu tanda baharu untuk diletakkan di kedudukan lebih tinggi berbanding model-model sedia ada mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Follow Facebook

BitAuto.my 206.4K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

206.4K followers + Follow
GWM Malaysia is giving away a brand-new Ora 5 Hi2 HEV! 🎁🚗 Celebrate GWM’s 4th anniversary with Good Cat deals from RM 94k, RM 17,000 H6 HEV perks, and 5 years free maintenance until 31 Dec. Full details here 👇 1 minute ago Toyota Corolla Deck finally revealed! Revealed hours ago, this Corolla Cross-based pickup truck is South America-bound and definitely reminds us of the Proton Arena. Do you want one here? #toyota #ToyotaCorollaDeck 1 minute ago Bookings for the 2027 Proton S70 RS are officially open but official prices under wraps for now. How much do you think Proton will price it at? #proton #protons70 #protons70rs #carnewsmalaysia #sedan 4 hours ago
Kembali ke Atas
Balasan