
Mitsubishi Pajero serba baharu telah mula die ksport dari Thailand ke Jepun. Mitsubishi Motors mengesahkan rancangan untuk meluaskan pasaran SUV mercu ini ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia, termasuk rantau ASEAN, bermula tahun fiskal 20 27.
Awal bulan ini, Mitsubishi Motors Thailand telah mengadakan majlis penghant aran rasmi di Pelabuhan Laem Chabang, Chonburi, bagi menandakan pelepasan kumpulan pertama SUV Pajero bu atan Thailand yang ditujukan untuk pasaran Jepun.

P ajero generasi baharu ini dilancarkan secara rasmi di Thailand pada 19 Oktober 2026, menjadikannya pasaran pertama yang menerima nama ikonik tersebut. Jepun dan Australia menjadi destinasi seterusnya, dengan jualan dijadualkan bermula pada bulan Disember.
Lebih penting bagi pas aran rantau ini, Mitsubishi mengesahkan bahawa Pajero akan diperkenalkan secara berperingkat di lebih 100 buah negara dan wilayah bermula tahun fiskal 2027, termasuk ASEAN, Amerika Latin, dan Timur Tengah.

Berbeza dengan generasi terdahulu yang sinonim dengan pengeluaran di Jepun, Pajero serba baharu kini dikilangkan di kilang Mitsubishi Motors Thailand di Laem Chabang.
Menurut Mitsubishi, SUV ini telah menjalani ujian jalan raya sebenar sejauh lebih 100,000 km di Thailand, hasil kerjasama erat antara pasukan kejuruteraan Thailand dan Jepun.
Pihak pengeluar turut mendedahkan bahawa lebih 80% daripada pembekal komponen Pajero berpangkalan di Thailand, sekali gus membuktikan kepentingan negara tersebut dalam rantaian bekalan projek ini.

Mitsubishi Pajero bah aru kini boleh didapati di Thailand dalam tiga varian: GLS 2WD, GSR 2WD, dan Super Exceed 4WD.
Barisan model ini menawarkan pilihan konfigurasi pacuan dua roda dan pacuan empat roda kepada pembeli, dengan Super Exceed diletakkan sebagai varian tertinggi dalam rangkaian model tersebut .

Dibangunkan berasaskan Triton, semua varian SUV ini dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4 liter 4N16 Gen 2 VGT yang menghasilkan 204 PS dan 480 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kel ajuan dengan shift paddle, sistem suspensi hadapan double wishbone, suspensi belakang five-link, serta limited-slip diff.

Harga jualan bagi model ini adalah seperti berikut:

Dengan kemasukan rantau ASEAN ke dalam pelan pelancaran global Mitsubishi, Pajero baharu mungkin berpeluang untuk tiba di pasaran Malaysia. Hakikatnya , ia merupakan prospek yang menarik memandangkan nama Pajero begitu ikonik dalam landskap automotif negara kita.
Peluang untuk model ini dibawa masuk bukanlah mustahil, memandangkan Malaysia s edia mengimport Triton buatan Thailand, manakala model Xforce dan Xpander pula dipasang secara tempatan ( CKD).
Walau bagaimanapun, Mitsubishi Motors Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang keny ataan rasmi mengenai rancangan pengenalan Pajero di pasaran tempatan. Kehadirannya pasti akan memberikan Mitsubishi Malaysia sebuah SUV mercu baharu untuk diletakkan di atas model-model sedia ada mereka. Sama-sama kita n antikan perkembangannya.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
In for the 8th year running, the Toyota Gazoo Racing eSports GT Championship brought the house down again with insane races, strats, and a good time for all.
#toyota #gazooracing #tgr 1 minute ago
Those right-hand-drive Xpeng models are already in the UK. Malaysia next? 2 hours ago
When they wanted the D but need to pay double the price... 2 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
In for the 8th year running, the Toyota Gazoo Racing eSports GT Championship brought the house down again with insane races, strats, and a good time for all.
#toyota #gazooracing #tgr 1 minute ago
Those right-hand-drive Xpeng models are already in the UK. Malaysia next? 2 hours ago
When they wanted the D but need to pay double the price... 2 hours ago