
Selepas dilancarkan di pasaran tempatan hampir setahun yang lalu, Proton sedang membangunkan versi kemas kini Proton eMas 5. Gambar-gambar spyshot hatchback EV Segmen B ini telah dikongsi di platform media sosial.
Perkongsian Ihsan Tony Tony di ruang kumpulan komuniti Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group, beberapa gambar spyshot menunjukkan unit Proton eMas 5 berbalut pelekat samaran dilihat di Lebuhraya PLUS.

Meskipun ditutup rapi dengan celoreng samaran, model ini hampir pasti merupakan Proton eMas 5 / Geely Xingyuan, hal ini jelas kelihatan menerusi rekaan lampu brek ketiga bersepadu serta lampu belakang. Walaupun sesetengah pihak membuat spekulasi ia mungkin eMas 3 yang berasaskan Geely Geometry E, andaian ini tidak tepat kerana lampu brek ketiga Geometry E diletakkan di bahagian atas cermin belakang.

Setelah disahkan ia bukanlah model yang dikatakan eMas 3 itu, apa lagi pembaharuan yang bakal dibawakan oleh Proton untuk eMas 5?
Baca Juga: Proton eMas 5 vs kembar globalnya, ini apa yang kita dapat dan tidak dapat
Walaupun pengeluar belum membuat sebarang pengumuman rasmi, kami menjangkakan unit ujian (mule) ini mungkin dilengkapi pek bateri LFP 47.14 kWh yang lebih besar, menunjukkan peningkatan kecil kapasiti berbanding eMas 5 sedia ada (30.12 kWh hingga 40.16 kWh).

Peningkatan kapasiti ini dijangka memberikan jarak gerak yang lebih baik. Geely EX2 iaitu model kembar Proton eMas 5 yang baru dilancarkan di Australia dilengkapi pek bateri LFP 47.1 kWh. Geely menyatakan ia memberikan jarak gerak sehingga 345 km mengikut kitaran WLTP, iaitu peningkatan 20 km berbanding varian Premium eMas 5 sedia ada. Pada masa yang sama, keupayaan pengecasan pantas DC dijangka meningkat sedikit daripada 71 kW kepada 80 kW.
Model spesifikasi Australia dipaparkan
Model ujian eMas 5 berbalut samaran ini mungkin membawa penambahbaikan selain daripada pek bateri yang lebih besar. Terdapat juga spekulasi bahawa versi kemas kini eMas 5 akan menerima peningkatan spesifikasi termasuk ciri tempat duduk pemandu dengan pelarasan kuasa.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
It looks like Malaysia will soon be welcoming two more electrified MPVs.
And one of them is a very quirky MPV. 1 minute ago
Some said that this camouflaged car is a Proton eMas 3, but we beg to differ.
We think that this might be hiding something else instead.
#proton #protonemas5 1 minute ago
Almost 30 years in the making, Toyota has refined their hybrid offering.
And it's properly proven. 11 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
It looks like Malaysia will soon be welcoming two more electrified MPVs.
And one of them is a very quirky MPV. 1 minute ago
Some said that this camouflaged car is a Proton eMas 3, but we beg to differ.
We think that this might be hiding something else instead.
#proton #protonemas5 1 minute ago
Almost 30 years in the making, Toyota has refined their hybrid offering.
And it's properly proven. 11 hours ago