
Majlis pelepasan penghantaran berlangsung pada 20 November 2026, mendahului pelancaran rasmi model di Thailand yang dijadualkan pada petang hari yang sama. Hong Kong akan menyusul pada pertengahan Disember.

Menurut Voyah, jumlah tempahan luar negara mencecah nilai RMB 1 bilion (kira-kira RM617 juta),sekali gus mewujudkan rekod baharu tempahan tunggal luar negara bagi syarikat.
Baca Juga: 2026 Voyah Dream 9 dilancarkan di China, bermula RM255,000, eksport bermula November
Barisan model Dream 9 menawarkan dua pilihan trenkuasa iaitu plug‑in hybrid dan elektrik sepenuhnya.
Varian plug‑in hybrid dilengkapi bateri 65 kWh dengan keupayaan pengecasan pantas 5C. Voyah menyatakan masa pengecasan 20 ke 80% hanya mengambil masa 12 minit, manakala varian elektrik sepenuhnya menggunakan bateri berkapasiti lebih besar iaitu 120 kWh.

Model RHD turut melalui pembangunan khusus bagi menyesuaikan keperluan pasaran luar negara sasaran.

Dengan ukuran melebihi 5.3 meter panjang, Dream 9 dilengkapi stereng roda belakang sebagai kelengkapan standard, dengan sudut pergerakan sehingga 10 darjah ke mana-mana arah.Jejari pusingan minimum model ialah 5.9 meter.
Sistem casis ini menggabungkan suspensi udara tiga ruang serta peredam dwi-injap kawalan elektronik.
Ciri lain merangkumi lambang hud boleh ditarik balik serta lapan mod kabin yang boleh dipilih untuk pelbagai kegunaan, antaranya mesyuarat perniagaan, aktiviti rehat dan perjalanan keluarga.

Langkah pengembangan Voyah bertepatan dengan peningkatan pengaruh jenama China dalam Segmen MPV premium Asia Tenggara.
Data yang dikongsikan pihak syarikat menunjukkan sebanyak 6,251 unit MPV NEV premium dari China telah didaftarkan di Thailand sepanjang tahun 2025,manakala MPV premium enjin pembakaran dalaman buatan Jepun mencatat 5,438 unit pendaftaran.
Secara keseluruhan, siri Dreamer mencatat jualan kumulatif melebihi 200,000 unit dalam tempoh empat tahun. Kini, Voyah bertapak di lebih 40 buah negara dan wilayah, dengan sokongan rangkaian lebih 240 pusat jualan di luar negara.

Di peringkat tempatan, unit ujian Voyah Dream 9 berbalut penyamaran telah dikesan bersama Li Auto Mega. Perkara ini memberi petunjuk bahawa kedua‑dua MPV mewah berpotensi dibawa masuk ke Malaysia.
Sebagai maklumat tambahan, model terdahulu iaitu Dream telah dipamerkan beberapa bulan yang lalu di Kuala Lumpur International Motor Show 2026 (2026 KLIMS).

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
70,000 wire harness types and China breathing down their neck 😅🇯🇵
Japanese brands are finally teaming up on basic parts to save cash for next-gen cars.
Tap in 👇 1 minute ago
Yangwang U8 and U9 otw to Malaysia? 👀🔥 BYD Malaysia posted dancing cars on track—not local footage, so is a launch imminent?
Tap in 👇 1 minute ago
Beza Harga RM6,000 Je! Pilih MG ZS 1.5 Turbo (RM103,900) Atau MG ZS Hybrid+ (RM109,900)?
#MGZS #MGZSHybridPlus #MGMalaysia #BitAutoMalaysia #SUVMalaysia #KeretaBaharu #KeretaHybrid #InfoAutomotif #UlasanKereta #AutomotifMalaysia 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
70,000 wire harness types and China breathing down their neck 😅🇯🇵
Japanese brands are finally teaming up on basic parts to save cash for next-gen cars.
Tap in 👇 1 minute ago
Yangwang U8 and U9 otw to Malaysia? 👀🔥 BYD Malaysia posted dancing cars on track—not local footage, so is a launch imminent?
Tap in 👇 1 minute ago
Beza Harga RM6,000 Je! Pilih MG ZS 1.5 Turbo (RM103,900) Atau MG ZS Hybrid+ (RM109,900)?
#MGZS #MGZSHybridPlus #MGMalaysia #BitAutoMalaysia #SUVMalaysia #KeretaBaharu #KeretaHybrid #InfoAutomotif #UlasanKereta #AutomotifMalaysia 1 minute ago