Leapmotor, jenama EV China yang dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh Stellantis Malaysia, secara rasmi telah mengumumkan laporan kewangan Suku Pertama (Q1) 2026 pada 15 Mei. Didorong oleh pengembangan global yang agresif, jenama ini mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan.

Jumlah Pendapatan Q1: Mencapai RMB 10.82 bilion (sekitar RM 6.6 bilion), rekod tertinggi dalam sejarah bagi tempoh yang sama.
Serahan Global: Mencatatkan 110,155 unit pada Q1. Apa yang menarik, eksport ke luar negara menyumbang 40,901 unit (hampir 40%), mendahului semua jenama 'startup' EV China lain.
Rekod Baharu April: Jualan April melonjak ke 71,387 unit, dengan pasaran luar negara menyumbang 14,225 unit (sekitar 20%).
Tempahan Model Baharu Melonjak: Model mampu milik Leapmotor A10 menerima lebih 40,000 tempahan sah (firm orders) pada bulan pertama. Manakala SUV saiz penuh Leapmotor D19 meraih lebih 15,000 tempahan dalam masa 15 hari selepas dilancarkan.

Prestasi kewangan Leapmotor yang kukuh di peringkat global memberikan keyakinan tinggi buat bakal pembeli di Malaysia. Memandangkan Stellantis merancang untuk memasang model Leapmotor secara tempatan (CKD) di kilang Gurun, Kedah untuk pasaran ASEAN, angka jualan yang mantap ini membuktikan jenama ini stabil dan pembeli tidak perlu risau tentang isu alat ganti atau kemas kini perisian (OTA) pada masa hadapan.