Chery sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap keselamatan pemanduan di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Chery 2026. Melalui satu demonstrasi terbuka, SUV flagship yang bakal tiba di pasaran Malaysia, Chery Tiggo 9 PHEV, telah diuji dalam satu simulasi perlanggaran yang amat ekstrem.

Berbeza dengan ujian makmal biasa, ujian ini melibatkan situasi "himpitan" tiga kenderaan yang sering berlaku di lebuh raya kita.
Dalam ujian tersebut, Tiggo 9 PHEV menerima rempuhan hadapan pada kelajuan 50 km/j daripada sebuah Tiggo 7, dan pada masa yang sama dilanggar dari belakang pada kelajuan 40 km/j oleh penghadang bergerak. Tekanan serentak dari dua arah ini menguji ketahanan struktur kenderaan jauh lebih tinggi daripada piawaian antarabangsa biasa.

Hasil daripada ujian tersebut sangat mengagumkan:
Kabin Penumpang Selamat: Tiada ubah bentuk ketara pada tiang A, B, C, dan D, memastikan ruang ikhtiar hidup (survival space) yang mencukupi.
Akses Pasca-Kemalangan: Paling penting untuk keselamatan keluarga, kesemua empat pintu terbuka secara automatik dan boleh dibuka dengan mudah selepas pelanggaran untuk memudahkan urusan menyelamat.
Sistem Keselamatan Berfungsi Tepat: Beg udara dan tirai keselamatan terpancut seperti yang dirancang, manakala tali pinggang keledar pra-regangan berfungsi dengan efektif.
Tiada Kebocoran: Tiada sebarang kebocoran bahan api dikesan dan lampu kecemasan diaktifkan secara automatik.

Bukan sahaja Tiggo 9, malah model Tiggo 7 yang terlibat turut mempamerkan ketahanan struktur yang tinggi. Ini membuktikan bahawa ciri keselamatan tinggi adalah standard bagi seluruh siri Tiggo, bukannya untuk model premium sahaja.
Selepas kejayaan ujian keselamatan bateri yang dijalankan di Malaysia baru-baru ini, pencapaian di Wuhu ini pastinya memberikan keyakinan tinggi buat bakal pemilik Tiggo 9 PHEV di tanah air.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 4 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 8 hours ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 9 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 4 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 8 hours ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 9 hours ago